Syarat Penggunaan

Kemas Kini Terakhir: 15 Disember 2020

Anda telah mencapai Perjanjian Syarat Penggunaan (“Perjanjian”) ini dari laman web, platform atau Program Ganjaran yang dijalankan oleh salah sebuah syarikat yang merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Clorox.

Syarikat Clorox dan kumpulan syarikatnya mengalu-alukan kedatangan anda ke rumah digital kami. Seperti anda juga, kami sangat berbangga dengan rumah kami, dan kami telah menghasilkan peraturan-peraturan berikut supaya rumah kami kekal bersih dan indah sepanjang masa serta menyediakan satu sumber maklumat tentang cara produk kami dapat menjadikan kehidupan seharian anda lebih baik pada setiap hari. Kami tahu bahawa istilah-istilah seperti ini mungkin panjang dan membosankan, tetapi sila luangkan masa untuk membaca maklumat penting tentang penggunaan anda pada Laman Web kami.

SILA BACA PERJANJIAN INI DENGAN TELITI. DENGAN MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI, ANDA FAHAM DAN BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN PERJANJIAN INI DAN MENGAKUI BAHAWA ANDA MUNGKIN MELEPASKAN HAK-HAK TERTENTU.

PERJANJIAN INI MENGANDUNGI PERJANJIAN TIMBANG TARA YANG MEMBATASKAN HAK ANDA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN DI MAHKAMAH DAN MEMBUAT PERTIKAIAN TERHADAP KEPUTUSAN HAKIM ATAU JURI, SERTA PERUNTUKAN-PERUNTUKAN YANG MEMBATASKAN LIABILITI KAMI KEPADA ANDA.

PENGGUNAAN ANDA YANG BERTERUSAN PADA LAMAN WEB INI DAN PENYERTAAN DALAM PROGRAM GANJARAN ADALAH TERTAKLUK PADA PEMATUHAN BERTERUSAN TERHADAP PERJANJIAN INI. SEKIRANYA ANDA TIDAK BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN PERJANJIAN INI, ANDA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN LAMAN WEB KAMI ATAU MENYERTAI PROGRAM GANJARAN KAMI.

AKSES BERTERUSAN DAN PENGGUNAAN MANA-MANA LAMAN WEB ATAU PENYERTAAN DALAM PROGRAM GANJARAN SELEPAS PERUBAHAN DIBUAT PADA PERJANJIAN INI DIANGGAP SEBAGAI PERSETUJUAN ANDA DENGAN PERJANJIAN YANG DIPINDA YANG BERKUAT KUASA PADA MASA ITU. ANDA BERSETUJU BAHAWA ANDA AKAN MENYEMAK PERJANJIAN INI DARI SEMASA KE SEMASA DAN BAHAWA ANDA MESTI TERIKAT DENGAN SEBARANG KEMAS KINI ATAU PINDAAN YANG DIBUAT PADA PERJANJIAN INI. Kami mungkin mengemas kini atau mengubah suai perjanjian ini dari semasa ke semasa. Anda bersetuju bahawa anda akan menyemak Perjanjian ini secara berkala dan bahawa anda mesti terikat dengan sebarang kemas kini atau pindaan yang dibuat pada Perjanjian ini. Kami akan melakukan usaha yang munasabah untuk memberi anda notis tentang pengubahsuaian dan kemaskinian sedemikian sekiranya perkara itu penting.

Clorox bertekad untuk memastikan Laman Web syarikatnya boleh diakses oleh semua pengguna, dan akan terus mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan kepatuhan terhadap undang-undang yang dapat dikenakan. Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk mengakses sebarang kandungan, ciri, atau fungsi Laman Web, sila hubungi kami menggunakan maklumat hubungan berkaitan yang dipaparkan pada Laman Web kami.

Perkara yang Terkandung dalam Perjanjian ini


Perkara Utama dalam Perjanjian

Perjanjian Syarat Penggunaan (“Perjanjian”) ini ialah perjanjian sah dari segi undang-undang yang eksklusif antara anda dengan entiti Clorox yang memiliki Laman Web atau Program Ganjaran yang anda gunakan (“Clorox”, “Syarikat”, “kami”, atau “kita”) yang mengawal selia penggunaan anda pada laman web kami termasuk perkhidmatan dalam talian atau mudah alih, perisian, Program Ganjaran, atau aplikasi yang berhubung kait dengan Perjanjian ini (masing-masing satu “Laman Web”, dan secara kolektif “Laman Web”).

Bahagian Perkara Utama ini bertujuan memberi anda gambaran menyeluruh tentang asas kandungan Perjanjian ini. Walau bagaimanapun, sila baca keseluruhan Perjanjian ini untuk memahami sepenuhnya syarat-syarat yang anda persetujui. Makna perkataan-perkataan dengan huruf besar boleh didapati dalam Perjanjian lengkap. Sekiranya terdapat percanggahan antara syarat-syarat dalam bahagian “Perkara Utama” ini dengan syarat-syarat dalam Perjanjian lengkap, syarat-syarat dalam Perjanjian lengkap akan diutamakan.

Membeli-belah di Laman Web Kami:

  • Pembayaran balik, pemulangan, dan pertukaran adalah tertakluk pada syarat-syarat yang mesti anda fahami sebelum membuat pembelian.
  • Harga penghantaran mungkin berbeza, dan penghantaran yang betul bergantung pada ketepatan maklumat yang anda berikan.

Baca lebih lanjut tentang dasar e-Dagang kami.

Program Ganjaran dan Kesetiaan:

  • Perjanjian ini mengandungi syarat-syarat umum yang tertakluk pada semua Program Ganjaran kami.
  • Di samping itu, setiap Program Ganjaran adalah tertakluk pada syarat-syarat tersendiri, yang disiarkan di Laman Web yang berkenaan.
  • Kami mungkin menghentikan atau mengubah Program Ganjaran. Hal ini boleh mempengaruhi Ganjaran anda.

Baca syarat-syarat penuh Program Ganjaran.

Hak-hak Kami:

  • Semua Kandungan di Laman-laman Web kami dilindungi oleh hak harta intelektual ― anda hanya boleh menggunakan Kandungan yang anda dapati di Laman Web secara terhad, seperti yang dijelaskan di bawah.
  • Kami boleh menyekat anda daripada mengakses Laman Web kami, menyekat atau memadamkan Kandungan Pengguna anda, atau menamatkan Akaun anda atas apa-apa sebab.
  • Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan pihak ketiga yang dihoskan di Laman Web kami, laman web luaran yang dihubungkan kepada atau daripada Laman Web kami, atau ralat berkaitan maklumat produk, ketersediaan atau tawaran promosi.

Baca lebih lanjut tentang hak dan kawalan kami terhadap Laman Web dan Kandungan kami

Penggunaan Anda pada Laman Web Kami:

  • Kecuali dinyatakan sebaliknya, anda hanya boleh menggunakan Laman Web dan Kandungan kami untuk kegunaan peribadi anda sebagai seorang individu.
  • Semasa melayari Laman web kami, anda tidak boleh melanggar mana-mana undang-undang, melanggar sebarang hak, mengancam, mengganggu atau menyamar sebagai orang lain, atau mengambil tindakan lain yang membahayakan kami atau orang atau pihak lain.
  • Anda tidak boleh cuba memintas perlindungan keselamatan di Laman Web kami, memasukkan virus atau kod berbahaya yang lain, atau menggunakan Laman Web kami untuk menyerang laman web atau perkhidmatan lain.
  • Sekiranya anda mendaftar untuk Akaun pada Laman Web, anda mesti merahsiakan kata laluan anda dan tidak membenarkan orang lain menggunakan Akaun anda.

Baca lebih lanjut tentang perkara yang boleh dan tidak boleh anda lakukan di Laman Web kami.

Kandungan Anda:

  • Sekiranya anda hantar kepada kami atau menyiarkan atau memuat naik Kandungan Pengguna ke Laman Web kami, kami boleh menggunakan Kandungan Pengguna tersebut untuk sebarang tujuan, termasuk penggunaan komersial, pembangunan produk, dan pengiklanan.
  • Sekiranya anda menyiarkan nama anda, maklumat peribadi, atau Kandungan Pengguna yang lain pada bahagian awam Laman Web kami, maklumat tersebut mungkin dilihat dan digunakan oleh mana-mana pelawat ke Laman Web kami.
  • Anda tidak boleh menghantar kepada kami atau menyiarkan Kandungan Pengguna yang 1) ingin anda rahsiakan atau 2) anda tidak mempunyai hak untuk menyiarkan.

Baca lebih lanjut tentang Kandungan yang anda hantar kepada kami atau melalui Laman Web kami.

Pengguna Antarabangsa:

  • Terdapat syarat-syarat dan batasan khas untuk pengguna antarabangsa Laman Web dan Program Ganjaran kami

Baca Syarat-syarat Antarabangsa.

Perkara Lain yang Perlu Diketahui:

  • Dengan menggunakan Laman Web ini, anda bersetuju dengan syarat-syarat Perjanjian ini. Kami mungkin mengemas kini Perjanjian ini dari semasa ke semasa, dan kami akan melakukan usaha yang munasabah untuk memberitahu anda tentang kemas kini ini sekiranya penting.
  • Perjanjian ini mengandungi pembatasan terhadap liabiliti kami kepada anda, penafian jaminan yang penting, dan perlindungan daripada tanggung rugi yang anda tuntut.
  • Perjanjian ini menentukan cara pertikaian akan ditangani, termasuk melalui penggunaan timbang tara dengan penepian tindakan kelas.
  • Penggunaan anda pada Laman Web mungkin ditentukan oleh pelbagai terma dan syarat lain yang dikenakan pada ciri-ciri atau promosi-promosi tertentu. Anda juga mesti membaca Dasar Privasi kami.
  • Perjanjian ini mengandungi maklumat tentang cara anda boleh menghubungi kami tentang aduan, pertanyaan atau tuntutan pelanggaran hak cipta.

Baca Perjanjian lengkap di bawah.


Perjanjian Lengkap

e-Dagang

Laman Web kami yang tertentu mungkin membenarkan anda membeli produk secara langsung melaluinya (“Laman Web e-Dagang”). Walaupun kami mempunyai beberapa Laman Web e-Dagang yang menjual pelbagai jenis produk dan perkhidmatan, peruntukan pada Perjanjian ini terpakai pada kesemuanya.

Pembayaran balik, pemulangan, dan pertukaran tidak akan diberikan untuk produk yang tidak dibeli secara langsung melalui Laman Web e-Dagang. Kami berhak untuk menolak pembayaran balik, pemulangan, pertukaran, dan/atau memberikan kredit pembelian kepada Akaun anda di Laman Web tersebut mengikut budi bicara mutlak kami atas sebarang sebab termasuk, tanpa pembatasan, jika kami menentukan bahawa anda tidak berhak mendapat bayaran balik, pulangan, pertukaran, dan/atau memberikan kredit pembelian atau sekiranya dasar kami disalahgunakan. Kami boleh menggunakan apa sahaja cara yang tersedia untuk kami, termasuk bekerjasama dengan syarikat lain, untuk menentukan sama ada anda menyalahgunakan dasar kami. Keputusan ini dibuat mengikut budi bicara mutlak dan penentuan kami sendiri.

Pesanan

Kami boleh membuat penambahbaikan dan/atau perubahan terhadap produk atau perkhidmatan yang dijelaskan di Laman Web, menambah ciri baru, atau menghentikan Laman Web pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan. Kami juga: (a) berhak untuk mengubah barangan dan perkhidmatan yang diiklankan atau ditawarkan untuk dijual melalui Laman Web e-Dagang, harga, ramuan atau spesifikasi barangan dan perkhidmatan tersebut, dan sebarang tawaran promosi pada bila-bila masa tanpa sebarang pemberitahuan atau liabiliti kepada anda atau mana-mana orang lain; (b) tidak dapat menjamin bahawa barangan atau perkhidmatan yang diiklankan atau ditawarkan untuk dijual di Laman Web e-Dagang akan tersedia apabila dipesan atau selepas itu; (c) berhak untuk mengehadkan kuantiti yang dijual atau tersedia untuk dijual; (d) tidak menjamin bahawa maklumat pada Laman Web (termasuk tanpa pembatasan tentang keterangan produk, warna atau gambar) adalah tepat, lengkap, boleh dipercayai, terkini atau tanpa ralat; dan (e) berhak untuk mengubah suai, membatalkan, menghentikan atau tidak memproses pesanan (termasuk pesanan yang diterima) apabila harga atau maklumat penting yang lain di Laman Web e-Dagang adalah tidak tepat, apabila kami mempunyai kuantiti yang tidak mencukupi untuk memenuhi pesanan atau atas apa-apa alasan lain mengikut budi bicara mutlak kami. Sekiranya kami tidak memproses suatu pesanan atas alasan tersebut, sama ada kami tidak akan mengenakan bayaran kepada anda atau akan menggunakan kredit kepada jenis pembayaran yang digunakan untuk membuat pesanan. Bidang kuasa tertentu mungkin tidak membenarkan pengecualian dan penafian bagi jaminan tersirat yang tertentu, oleh itu beberapa peruntukan dalam bahagian ini mungkin tidak dikenakan kepada anda. Kecuali dinyatakan sebaliknya (atau jika Laman Web e-Dagang mempunyai domain bukan AS), produk yang dijual di Laman Web e-Dagang ditujukan untuk penggunaan akhir di Amerika Syarikat dan tidak dilabel atau dimaksudkan untuk pengedaran antarabangsa.

Cukai: Sekiranya kami diwajibkan dari segi undang-undang untuk memungut cukai jualan ke atas barang yang anda pesan, jumlah cukai akan ditambahkan secara automatik pada harga pembelian anda. Dalam keadaan yang jarang berlaku, kesilapan dalam pangkalan data cukai jualan negeri kami mungkin menyebabkan caj cukai jualan yang tidak betul. Sekiranya hal ini berlaku, pada bila-bila masa hingga dua tahun dari tarikh pembelian anda, anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan bayaran balik cukai yang dikenakan berlebihan. Hak untuk mendapatkan bayaran balik merupakan remedi eksklusif kepada anda untuk kesilapan cukai jualan.

Pemprosesan Bayaran: Kami mungkin menggunakan pemproses bayaran pihak ketiga untuk memproses maklumat pembayaran anda, termasuk data kad pembayaran anda. Harap maklum bahawa anda mungkin tertakluk pada syarat-syarat pemproses pihak ketiga dan maklumat anda mungkin tertakluk pada amalan dan/atau dasar privasi mereka.

Pemulangan dan Pertukaran

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan apa-apa produk yang anda beli melalui Laman Web e-Dagang, anda boleh memulangkannya atau menukarnya tertakluk pada syarat-syarat berikut:

  • Untuk meminta pemulangan atau pertukaran, anda mesti menghubungi bahagian khidmat pelanggan kami dengan mengikuti arahan yang terdapat di Laman Web e-Dagang. Laman Web e-Dagang juga mungkin membenarkan anda meminta pemulangan atau pertukaran melalui Akaun anda atau melalui fungsi lain.
  • Dalam permintaan anda untuk pemulangan atau pertukaran, anda mesti menyatakan produk tertentu yang tidak memuaskan hati anda, dan menyertakan nombor pesanan, nama, dan maklumat hubungan anda, serta alasan permintaan untuk pemulangan atau pertukaran dan produk baharu yang anda inginkan untuk menggantikan produk yang dipulangkan sekiranya anda meminta pertukaran.
  • Sekiranya kami menerima permintaan anda untuk pemulangan atau pertukaran, anda mesti memulakan pengembalian produk yang berkenaan dalam masa 60 hari dari tarikh penghantaran asal. Produk yang dipulangkan selepas tempoh pemulangan 60 hari akan menerima kredit pembelian pada Akaun anda di Laman Web berdasarkan jumlah pembayaran asal. Sekiranya anda tidak mempunyai Akaun, kami mungkin memberikan kredit pembelian kepada anda melalui cara lain.
  • Untuk memulakan pemulangan produk, anda perlu menggunakan label pemulangan yang dibekalkan kepada anda. Setelah membungkus semula produk yang ingin anda pulangkan, tampalkan label pemulangan pada pakej anda, dan hantarkan bungkusan anda di pejabat pos tempatan atau pejabat kurier. Pemulangan atau pertukaran anda akan mula diproses sebaik sahaja kami mengesahkan pemulangan anda sudah diterima. Kami mungkin tidak akan membuat bayaran balik untuk sebarang kos penghantaran dan pengendalian yang anda tanggung semasa memulangkan mana-mana produk sedemikian.
  • Setelah menerima produk yang dipulangkan, kredit akan diberikan kembali dengan segera kepada kaedah pembayaran asal sekiranya anda meminta bayaran balik, atau produk baharu yang anda minta akan dihantar kepada anda sekiranya anda meminta pertukaran.
  • Harap maklum bahawa produk baharu yang anda inginkan sebagai pertukaran untuk produk yang dipulangkan mungkin kehabisan stok atau dihentikan pengeluarannya. Sekiranya berlaku demikian, anda akan menerima kredit pembelian seperti yang dijelaskan di atas.
  • Sekiranya anda membuat pertukaran, produk baharu dalam stok mungkin tidak bersamaan dengan pertukaran setara dan mungkin berbeza dari segi harga antara produk baharu dengan produk yang dipulangkan. Sebarang perbezaan harga untuk pertukaran akan dikembalikan kepada kaedah pembayaran yang asal. Sekiranya kami tidak dapat berbuat demikian, pertukaran anda mungkin tidak dapat diselesaikan. Kami mungkin menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat pembayaran baharu atau memilih untuk memprosesnya sebagai pemulangan.

Pembayaran Balik

Laman Web e-Dagang tertentu menjual produk yang tidak kami benarkan pemulangan atau pertukaran, tetapi membenarkan pembayaran balik; hal ini bermaksud semua atau sebahagian daripada harga belian akan dikembalikan kepada anda tanpa memerlukan anda memulangkan barang tersebut kepada kami. Perkara ini mungkin dinyatakan di Laman Web e-Dagang yang berkenaan atau mungkin disampaikan oleh bahagian khidmat pelanggan kami. Biasanya, produk yang layak untuk pemulangan atau pertukaran tidak layak untuk pembayaran balik. Kami berhak untuk hanya mengeluarkan bayaran balik, atau menghendaki pemulangan atau pertukaran, mengikut budi bicara mutlak kami walau apa juga yang dinyatakan di Laman Web e-Dagang. Bayaran balik tidak akan diberikan untuk produk yang tidak dibeli secara langsung melalui Laman Web.

Tempoh Masa: Untuk memulangkan produk yang layak, anda mempunyai 90 hari dari tarikh penghantaran untuk menghubungi kami untuk mendapatkan bayaran balik harga pembelian sepenuhnya (ditolak kos penghantaran dan pengendalian). Selepas tempoh 90 hari tersebut, tiada produk yang layak untuk pembayaran balik. Namun demikian, walaupun setelah 90 hari, kami menggalakkan anda untuk menghubungi kami jika anda tidak berpuas hati dengan produk supaya bahagian khidmat pelanggan kami dapat meningkatkan pengalaman anda, yang mungkin termasuk memberikan pengecualian daripada dasar pembayaran balik ini.

Jaminan: Beberapa produk atau jenama kami mempunyai “jaminan” yang mungkin membenarkan pembayaran balik selepas tempoh 90 hari. Sekiranya dijamin sedemikian, semua syarat-syarat jaminan akan dikenakan dan jaminan tersebut akan dianggap sebagai pembayaran balik mengikut tujuan Perjanjian ini.

Syarat-syarat: Pembayaran balik anda tertakluk pada syarat-syarat berikut:

  • Untuk meminta bayaran balik, anda mesti menghubungi bahagian khidmat pelanggan kami dengan mengikuti arahan di Laman Web e-Dagang. Laman Web e-Dagang tertentu juga mungkin membenarkan anda meminta bayaran balik melalui Akaun anda atau melalui fungsi lain.
  • Dalam permintaan bayaran balik, anda mesti menyatakan produk khusus yang tidak memuaskan hati anda dan menyertakan nombor pesanan, nama, dan maklumat hubungan anda, serta sebab permintaan bayaran balik anda.
  • Sekiranya kami menerima permintaan bayaran balik anda, anda akan menerima kredit pada kaedah pembayaran asal anda. Sekiranya kami tidak dapat mengkreditkan kaedah pembayaran tersebut, pembayaran balik anda mungkin tidak dapat diselesaikan. Kami mungkin menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat pembayaran baharu atau memberikan bayaran balik kepada anda dengan cara lain, seperti melalui Akaun anda.

Penghantaran

Kami memproses pesanan setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pusat pemenuhan kami. Sebilangan besar pesanan dihantar pada hari bekerja berikutnya, atau dalam keadaan tertentu pada hari kerja yang sama. Anda boleh menjangkakan penghantaran dalam masa 3 hingga 10 hari bekerja dari masa pesanan anda dihantar. Sekiranya anda memilih perkhidmatan penghantaran Udara 2 Hari (“2-Day Air Service”), anda boleh menjangkakan pesanan anda akan tiba dalam masa 2 hari bekerja dari tarikh penghantaran. Sila ambil kira 1 hari bekerja untuk memproses pesanan. Pesanan antarabangsa, mungkin mengambil masa 2 hingga 3 minggu untuk penghantaran bergantung pada jangka masa yang diperlukan untuk pemprosesan oleh kastam. Tidak semua Laman Web membenarkan pesanan antarabangsa.

Bayaran penghantaran berbeza mengikut Laman Web dan boleh didapati seperti yang dihitung semasa proses penyelesaian pesanan sebelum daftar keluar.

Kecuali dinyatakan sebaliknya, kami hanya dapat menghantar kepada satu alamat penghantaran untuk setiap pesanan. Sekiranya anda ingin menghantar kepada beberapa alamat berbeza, sila buat pesanan berasingan untuk setiap alamat yang unik. Kebanyakan produk mungkin dihantar ke alamat Peti Surat. Kotak atau alamat Tentera APO/FPO, tetapi tertakluk pada sekatan tertentu. Pastikan alamat anda adalah betul. Setelah dalam perjalanan, kami tidak dapat mengarahkan penghantaran ke alamat baharu atau alamat berbeza. Sekiranya pesanan anda dikembalikan kerana alamat yang tidak sah atau tidak betul, pesanan tersebut akan dibayar balik setelah ditolak dengan sebarang caj penghantaran.

PERHATIAN KEPADA PELANGGAN ANTARABANGSA: Tidak semua Laman Web membenarkan pesanan antarabangsa. Caj penghantaran kadar sama rata akan dikenakan bergantung pada negara destinasi. Sekiranya nilai pesanan anda melebihi $300, kami mungkin menghubungi anda sekiranya bayaran penghantaran tambahan diperlukan. Harap maklum bahawa pesanan anda mungkin dikenakan tarif import dan/atau caj kastam tambahan tertentu yang dikawal oleh negara destinasi. Bayaran ini adalah di bawah tanggungjawab, dan mesti dibayar oleh, penerima barangan. Tawaran penghantaran percuma dan kupon tidak boleh digunakan di negara-negara di luar Amerika Syarikat.

Sekiranya anda ingin mengajukan pertanyaan tentang penghantaran, sila hubungi kami menggunakan maklumat hubungan yang berkenaan di bawah:

Lokasi Maklumat hubungan
Amerika Syarikat https://www.thecloroxcompany.com/contact-us/
Kanada https://cloroxofcanada.ca/
Lokasi lain Rujuk maklumat hubungan yang disenaraikan di Laman Web yang berkenaan

Penghantaran Automatik dan Langganan

Jenama kami yang tertentu membolehkan anda mendaftar untuk penghantaran automatik secara berkala untuk produk tertentu (“Penghantaran Automatik”). Sekiranya anda memilih untuk menyertai Penghantaran Automatik, secara automatik kami akan menghantar produk yang anda langgan berdasarkan kekerapan yang anda pilih. Kad kredit anda akan dikenakan bayaran pada masa penghantaran. Anda mempunyai kawalan penuh pada bila-bila masa ke atas pesanan Penghantaran Automatik anda, dan kami akan menghantar e-mel peringatan 5 hingga 10 hari sebelum setiap pesanan dihantar. Anda boleh mengubah kekerapan penghantaran, tarikh pesanan berikutnya, atau kuantiti dengan mengunjungi Akaun anda di Laman Web yang berkenaan. Perubahan pada pesanan boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam masa 72 jam dari tarikh penghantaran berikutnya yang dijadualkan, dan anda boleh membatalkannya pada bila-bila masa. Sekiranya anda memilih Penghantaran Automatik, anda mungkin menerima diskaun tertentu seperti yang dinyatakan di Laman Web yang berkenaan. Diskaun ini tidak dijamin dan mungkin dihentikan pada bila-bila masa, termasuk semasa anda masih mendaftar untuk Penghantaran Automatik.

Antara program Penghantaran Automatik kami ialah:

Kod Promosi dan Diskaun

Laman Web tertentu mencipta atau mengiklankan kod promosi, diskaun, kod kupon, dan tawaran yang memberikan manfaat kepada anda apabila dimasukkan semasa daftar keluar. Manfaat ini tidak dapat digunakan untuk transaksi yang terdahulu mahupun transaksi yang selesai, dan mesti diberikan pada masa pembelian. Secara amnya, kod promosi dan diskaun tidak dapat digabungkan dengan tawaran lain atau digunakan dengan pesanan Penghantaran Automatik atau langganan. Hanya pengguna yang boleh menggunakan kod promosi. Kod ini tidak boleh digunakan oleh penjual semula, pemborong, pengamal, atau pihak yang seumpamanya. Anda mungkin tidak berhak mendapat diskaun, kupon, atau tawaran yang telah tamat tempoh atau dihentikan walaupun perkara itu masih boleh dipaparkan di Laman Web.

Item Percuma dan Hadiah Dengan Pembelian

Promosi termasuk pemberian percuma, kadangkala dirujuk sebagai hadiah, dengan pembelian boleh didapati hanya untuk masa terhad dan ditawarkan sementara stok masih ada. Tiada pemberian tertangguh untuk pemberian percuma yang kehabisan stok. Terdapat had 1 pemberian percuma untuk setiap transaksi. Syarat-syarat lain mungkin dikenakan seperti yang dinyatakan dalam tawaran.

Pilihan Lebih Selamat

Produk tertentu di Laman Web kami mungkin ditandai sebagai Pilihan Lebih Selamat. Pengiktirafan “Safer Choice” oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (“EPA”) bukan merupakan sokongan oleh EPA atau Clorox terhadap produk ini. Label “Safer Choice” menandakan bahawa formula untuk produk ini, seperti yang dinyatakan oleh Clorox kepada EPA, mengandungi bahan-bahan dengan ciri-ciri lebih positif dari segi kesihatan dan persekitaran berbanding produk konvensional. EPA/Pilihan Lebih Selamat bergantung sepenuhnya pada integriti dan keikhlasan Clorox, untuk mendapatkan maklumat mengenai komposisi, ramuan, dan sifat produknya.

EPA/”Safer Choice” belum membuat pengesahan secara bebas, iaitu melalui analisis kimia, tentang bahan-bahan dalam formula produk, mahupun membuat penilaian tentang sebarang dakwaan Clorox berkaitan bahan-bahan yang tidak terkandung dalam produk. EPA/”Safer Choice” memberikan penilaiannya hanya berkaitan ciri-ciri alam sekitar dan kesihatan manusia bagi produk tersebut, berdasarkan maklumat dan pemahaman saintifik yang tersedia pada masa ini.

Rebat

Laman Web dan jenama tertentu mungkin menawarkan rebat untuk produk tertentu. Rebat menghendaki anda memberi kami maklumat tertentu selepas pembelian anda untuk menerima pengembalian wang. Kecuali dinyatakan sebaliknya, berhubung dengan rebat, anda mesti memberi kami:

  • Nama anda
  • Maklumat hubungan anda
  • Resit jualan asal
  • Kod UPC, jika berkenaan
  • Slip atau borang rebat

Kami menggalakkan anda supaya membuat salinan bagi semua maklumat di atas, serta bukti bahawa maklumat tersebut telah dihantar kepada kami dan tarikh penghantaran. Kami mesti menerima maklumat ini dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pembelian anda. Rebat biasanya akan dikembalikan kepada anda kira-kira dua belas (12) minggu kemudian.

Kembali ke Atas.

Jualan Semula

Anda dilarang menjual semula secara komersial mana-mana produk kami atau dibeli melalui Laman Web jika kami tidak memberikan kebenaran khusus kepada anda untuk penjualan semula produk tersebut. Harap maklum bahawa larangan ini mungkin tidak dikenakan pada kesemua bidang kuasa, dan oleh itu mungkin tidak dikenakan kepada anda.

Kembali ke Atas.


Program Ganjaran dan Kesetiaan

Syarat-syarat Yang Dikenakan kepada Semua Program Ganjaran

Jenama tertentu kami menawarkan program yang mungkin anda terima manfaat berhubung dengan tindakan tertentu yang dilakukan dengan jenama (“Program Ganjaran”). Sekiranya anda memilih untuk ikut serta dalam Program Ganjaran, syarat-syarat dalam bahagian “Program Ganjaran dan Kesetiaan” ini dikenakan kepada anda, seperti juga mana-mana syarat khusus untuk Program Ganjaran berkenaan, yang disediakan di Laman Web yang berkenaan. Setakat mana apa-apa syarat khusus Program Ganjaran bercanggah dengan Perjanjian ini, terma dan syarat untuk Program Ganjaran akan diutamakan, tetapi hanya setakat percanggahan tersebut.

SEKIRANYA ANDA MEMILIH UNTUK IKUT SERTA ATAU MENYERTAI PROGRAM GANJARAN, ANDA MENGAKUI DAN BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN PERJANJIAN INI DAN MEMAHAMI BAHAWA INI IALAH PERJANJIAN UNDANG-UNDANG YANG MENGIKAT ANTARA ANDA DENGAN SYARIKAT YANG TERDIRI DARIPADA BAHAGIAN INI, SYARAT-SYARAT PROGRAM KESETIAAN DI LAMAN WEB YANG BERKENAAN, DAN SYARAT-SYARAT LAIN YANG TERDAPAT DALAM PERJANJIAN INI.

Penggunaan maklumat anda berhubung dengan Program Ganjaran ditentukan oleh Dasar Privasi. Sila baca Dasar Privasi untuk memahami cara maklumat anda diproses sehubungan dengan Program Ganjaran.

Penamatan Program Ganjaran: Program Ganjaran akan berterusan sehingga kami menamatkan Program Ganjaran yang berkenaan, yang boleh kami lakukan pada bila-bila masa, dengan atau tanpa pemberitahuan kepada anda. Setelah Program Ganjaran dihentikan, anda mungkin kehilangan semua manfaat di bawah Program Ganjaran tersebut, termasuk ganjaran yang belum ditebus. Kami juga berhak untuk menggantung atau mengubah suai mana-mana Program Ganjaran, mengikut budi bicara kami, pada bila-bila masa. Dengan meneruskan penyertaan anda dalam Program Ganjaran, anda menerima pengubahsuaian kami. Kami akan melakukan usaha yang munasabah untuk memberikan pemberitahuan kepada anda tentang sebarang perubahan sebelum pelaksanaan.

Pertikaian dan Penafian: Semua soalan atau pertikaian tentang kelayakan untuk Program Ganjaran, kepatuhan anda terhadap Perjanjian ini, pengumpulan ganjaran atau manfaat, atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Program Ganjaran, akan kami selesaikan mengikut budi bicara kami. Dengan mengambil bahagian, anda bersetuju bahawa semua keputusan yang kami buat tentang Program Ganjaran adalah muktamad. Semua Program Ganjaran tertakluk pada undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikenakan. KAMI TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG JENIS PENYATAAN ATAU JAMINAN YANG BERHUBUNG DENGAN SEBARANG PROGRAM GANJARAN, YANG DIBERIKAN ATAS DASAR “SEBAGAIMANA ADANYA” DAN “SEBAGAIMANA TERSEDIA”.

Kembali ke Atas.


Hak Harta Intelektual Kami

Semua nama, logo, slogan, teks, reka bentuk, formula, grafik, kemasan dagang, aksara, antara muka, kod, perisian, imej, bunyi, video, foto dan kandungan lain yang dipaparkan pada atau di Laman Web (“Kandungan”) merupakan harta intelektual yang dilindungi, atau digunakan dengan kebenaran atau di bawah lesen oleh, Syarikat kami. Kandungan sedemikian mungkin dilindungi oleh hak cipta, tanda dagang, paten atau hak dan undang-undang proprietari yang lain. Perkara ini merangkumi keseluruhan Kandungan setiap Laman Web, dilindungi hak cipta dan dilindungi sebagai karya kolektif. Semua hak harta intelektual yang berkaitan dengan Laman Web, dan nama baik yang berkaitan, merupakan hak milik kami atau pemberi lesen kami. Anda tidak memperoleh sebarang hak, hak milik atau kepentingan dalam mana-mana Kandungan dengan mengakses atau menggunakan Laman Web tersebut. Sebarang hak yang tidak diberikan secara jelas di sini adalah terpelihara. Kecuali seperti yang dinyatakan di bawah ini, penggunaan mana-mana Kandungan yang tersedia di Laman Web adalah dilarang sama sekali.

Kami memberikan lesen terhad kepada anda untuk mengakses dan menggunakan Laman Web dan Kandungannya untuk tujuan peribadi, memperoleh maklumat dan membeli-belah. Kandungan daripada Laman Web tidak boleh disalin, dihasilkan semula, diterbitkan semula, digunakan untuk tujuan lain, dibentangkan, dipaparkan, dimuat turun, disiarkan, dihantar, dijual semula atau diedarkan dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik hak, kecuali anda boleh memuat turun atau mencetak satu salinan Kandungan atau perisian tertentu yang disediakan kepada anda untuk dimuat turun atau dicetak untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial di kediaman anda, tertakluk pada kepatuhan anda terhadap Perjanjian ini dan menyimpannya hanya selama anda masih dibenarkan untuk mengakses Laman Web. Untuk menggunakan Kandungan di bawah pengecualian sedemikian, anda mesti (1) mengekalkan keutuhan sebarang hak cipta, tanda dagang, atau notis proprietari yang lain, (2) menggunakan Kandungan tersebut menurut mana-mana lesen yang berkaitan dengan Kandungan tersebut, (3) tidak menyalin atau menyiarkan Kandungan tersebut pada mana-mana komputer berangkaian atau menyiarkannya dalam apa-apa media, (4) tidak melakukan pengubahsuaian pada mana-mana Kandungan sedemikian, dan (5) tidak membuat penyataan atau jaminan tambahan yang berkaitan dengan Kandungan sedemikian. Melainkan dibenarkan secara jelas juga di sini atau secara bertulis daripada kami, anda bersetuju untuk tidak menghasilkan semula, mengubah suai, menyewakan, memajakkan, melaksanakan, mempamerkan, menghantar, meminjamkan, menjual, mengedarkan, atau menghasilkan karya terbitan berdasarkan (secara keseluruhan atau sebahagian) semua atau mana-mana bahagian Laman Web atau Kandungan.

Kembali ke Atas.


Penggunaan Anda Yang Dibenarkan Pada Laman Web Kami

Semasa menggunakan Laman Web, anda dikehendaki mematuhi segala statut, perintah, kawal selia, peraturan dan undang-undang lain yang dikenakan. Anda tidak boleh menggunakan Laman Web untuk sebarang tujuan penipuan atau yang menyalahi undang-undang, dan anda tidak boleh mengambil sebarang tindakan untuk mengganggu Laman Web atau penggunaan Laman Web oleh pihak lain. Di samping itu, kami mengharapkan pengguna Laman Web supaya menghormati hak dan maruah pihak lain. Contohnya, anda tidak boleh melakukan apa-apa perkara berikut tanpa persetujuan kami:

  • Menyiarkan, memuat naik, mengongsi, menghantar, mengedarkan, memudahkan pengedaran atau juga menyediakannya pada atau melalui Laman Web, bagi mana-mana kandungan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, mengganggu, memfitnah, mengancam, menggertak, menipu, menyeksa, berunsur lucah, cabul, kebencian, pornografi, spam, diskriminasi, melanggar privasi atau hak publisiti, pelanggaran harta intelektual atau hak proprietari lain, atau juga menjelikkan mengikut budi bicara mutlak kami, termasuk pengiklanan yang tidak dibenarkan atau tidak diminta;
  • Menyiarkan pada atau menghantar melalui Laman Web bagi mana-mana maklumat sensitif yang boleh mengenal pasti diri anda atau pihak ketiga, misalnya nombor keselamatan sosial, nombor kad kredit atau nombor Akaun bank, maklumat kesihatan atau perubatan, atau maklumat lain yang berkaitan perkara peribadi, kecuali jika kami minta secara khusus;
  • Menghasilkan semula, membuat pendua, menyalin, mempamerkan secara terbuka, membingkaikan, mencerminkan, menjual, menjual semula atau juga mengeksploitasi untuk apa-apa tujuan komersial, bagi mana-mana bahagian, penggunaan, atau akses kepada Laman Web;
  • Menyamar sebagai mana-mana orang atau entiti atau menyatakan secara salah atau juga membuat penyataan salah tentang hubungan anda dengan mana-mana orang atau entiti berhubung dengan Laman Web, atau secara tersurat atau tersirat bahawa kami menyokong sebarang pernyataan yang anda buat;
  • Melanggar, atau cuba melanggar, keselamatan Laman Web;
  • Menyebarkan di Laman Web mana-mana virus, cecacing, perisian intip, perisian iklan, atau kod komputer lain yang berhasad, fail atau program yang berbahaya atau yang menyerang atau bertujuan untuk merosakkan atau merampas operasi, atau memantau penggunaan mana-mana perkakasan, perisian atau peralatan;
  • Menggunakan skrip, makro atau cara automatik lain untuk menjejaskan integriti Program Ganjaran, pengundian, penilaian atau ciri-ciri serupa;
  • Melakukan kejuruteraan songsang, menyahpasang, menyahsusun, atau juga cuba memperoleh kaedah pengendalian Laman Web;
  • Membina produk atau perkhidmatan yang berdaya saing menggunakan Laman Web, membina produk atau perkhidmatan menggunakan idea, ciri, fungsi, atau grafik yang serupa dengan Laman Web atau menentukan sama ada Laman Web tersebut terangkum dalam skop mana-mana paten;
  • Mengganggu dengan apa-apa cara pun terhadap pengendalian atau pengehosan Laman Web atau memantau ketersediaan, prestasi, atau fungsi Laman Web tersebut;
  • Menggunakan mana-mana perlombongan data, bot, lelabah, alatan automatik atau kaedah pengumpulan dan pengekstrakan data yang serupa, secara langsung atau tidak langsung, di Laman Web atau untuk mengumpulkan apa-apa maklumat daripada Laman Web atau daripada pengguna Laman Web yang lain; atau
  • Membantu atau membenarkan mana-mana orang melanggar Perjanjian ini atau undang-undang atau peraturan-peraturan lain yang dapat dikenakan yang mentadbir penggunaan Laman Web ini.

Pemautan: Anda diberikan hak terhad dan tidak eksklusif untuk menghasilkan hiperpautan teks kepada Laman Web untuk tujuan memperoleh maklumat, dengan syarat pautan tersebut tidak menggambarkan kami dengan cara yang salah, mengelirukan, menghina atau juga memfitnah dan dengan syarat bahawa Laman Web yang memaut tidak mengandungi apa-apa bahan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, mengganggu, memfitnah, mengancam, menggertak, berunsur penipuan, menyeksa, lucah, cabul, kebencian, pornografi, spam, diskriminasi, melanggar hak privasi atau publisiti, melanggar harta intelektual atau hak proprietari lain, atau juga menjelikkan mengikut budi bicara mutlak kami, termasuk pengiklanan yang tidak dibenarkan atau tidak diminta. Selain itu, walau apa pun yang dinyatakan di atas, dan tertakluk pada kepatuhan terhadap mana-mana arahan yang disiarkan dalam fail robots.txt yang terdapat dalam direktori akar Laman Web, kami memberikan kebenaran kepada pengendali enjin carian awam untuk menggunakan lelabah untuk menyalin Kandungan daripada Laman Web untuk tujuan hanya (dan hanya setakat yang diperlukan untuk) membuat indeks Kandungan tersebut yang tersedia dan boleh dicari secara awam, tetapi bukan cache atau arkib Kandungan tersebut. Kami boleh menarik balik kebenaran ini pada bila-bila masa. Anda mesti memberitahu Clorox dengan segera tentang sebarang pelanggaran bahagian ini.

Kembali ke Atas.


Muat Turun

Laman Web membolehkan anda memuat turun Kandungan, aplikasi, perisian, dan maklumat atau bahan lain yang tertentu. Syarikat tidak membuat penyataan bahawa muat turun sedemikian adalah tanpa ralat atau perisian hasad atau sesuai untuk tujuan tertentu. Muat turun tertentu mungkin tertakluk pada perjanjian berasingan sama ada dengan Syarikat atau pihak ketiga, misalnya perjanjian dengan gedung aplikasi mudah alih.

Kembali ke Atas.


Kandungan Yang Anda Serahkan

Anda bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat, teks, imej, video atau bahan atau kandungan lain yang anda siarkan di Laman Web, muat naik kepada kami, atau hantar melalui Laman Web kami (“Kandungan Pengguna”). Anda bersetuju, menyatakan dan menjamin bahawa apa-apa Kandungan Pengguna yang anda siarkan di Laman web atau dihantar melalui Laman Web kami adalah benar, tepat, tidak mengelirukan dan ditawarkan dengan niat baik, dan bahawa anda berhak untuk menghantar Kandungan Pengguna tersebut untuk mana-mana dan semua penggunaan berlesen kami yang dinyatakan dalam bahagian “Lesen Kandungan Pengguna” di bawah. Anda tidak boleh memuat naik, menyiarkan atau juga menyediakan di atau melalui Laman Web bagi mana-mana Kandungan Pengguna yang dilindungi oleh hak cipta, tanda dagang atau hak proprietari lain yang merupakan milik mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis yang jelas daripada pemilik hak-hak tersebut. Sekiranya anda memuat naik resit, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda berhak memuat naik resit tersebut dan memahami bahawa resit itu mungkin mengandungi maklumat tentang transaksi anda. Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa kerugian yang disebabkan oleh mana-mana pelanggaran hak cipta, tanda dagang, hak proprietari atau sebarang kemudaratan lain yang disebabkan oleh Kandungan Pengguna tersebut.

JANGAN SIARKAN ATAU HANTAR KEPADA KAMI APA-APA KANDUNGAN PENGGUNA, IDEA, CADANGAN, ATAU KANDUNGAN PENGGUNA LAIN YANG INGIN ANDA RAHSIAKAN ATAU PROPRIETARI ATAU YANG ANDA JANGKAKAN AKAN MENERIMA PAMPASAN. Dengan menghantar sebarang idea, konsep, pengetahuan, usul, teknik, cadangan atau Kandungan Pengguna lain kepada kami, anda bersetuju bahawa: (i) kami bebas menggunakan Kandungan Pengguna tersebut untuk apa-apa tujuan, (ii) Kandungan Pengguna tersebut akan dianggap bukan rahsia atau proprietari (iii) kami mungkin mempunyai sesuatu yang serupa yang sedang dalam pertimbangan atau sedang dalam pembangunan, dan (iv) anda tidak berhak mendapat apa-apa bentuk pampasan atau pembayaran balik daripada kami dalam apa jua keadaan melainkan jika dinyatakan sebaliknya dengan jelas secara bertulis daripada kami. Harap maklum bahawa kami tidak berkewajipan untuk merahsiakan Kandungan Pengguna kecuali dinyatakan secara jelas.

Lesen Kandungan Pengguna: Dengan menyerahkan Kandungan Pengguna kepada kami secara langsung atau tidak langsung (termasuk melalui penggunaan tanda pagar (#) pada platform media sosial pihak ketiga), anda memberi kami (atau menjamin bahawa pemilik maklumat dan bahan tersebut telah secara jelas memberi kami) hak dan lesen tanpa royalti, kekal, boleh disublesenkan, tidak boleh ditarik balik, dan tidak terhad: (a) untuk mengguna, menghasilkan semula, mempamerkan, mengubah suai, menyesuaikan, menerbitkan, melaksanakan, menterjemahkan, menghantar dan mengedarkan atau juga menyediakan Kandungan Pengguna kepada orang lain (secara keseluruhan atau sebahagian dan untuk sebarang tujuan) di seluruh dunia; (b) untuk menggabungkan Kandungan Pengguna tersebut dalam karya lain dalam apa-apa bentuk, media, produk, perkhidmatan atau teknologi yang diketahui sekarang atau selepas ini dibangunkan untuk apa-apa tujuan, termasuk penjualan, pembuatan atau pengiklanan (dan untuk melaksanakan semua hak harta intelektual yang berkaitan dengan produk tersebut atau karya lain); dan (c) untuk menggunakan nama, nama skrin, lokasi, foto, avatar, imej, suara, persamaan dan maklumat biografi yang diberikan berhubung dengan Kandungan Pengguna dalam mana-mana dan semua media dan untuk tujuan pengiklanan atau promosi. Anda dengan ini juga memberi setiap pengguna Laman Web, lesen bukan eksklusif untuk mengakses Kandungan Pengguna anda melalui Laman Web, dan untuk menandakan, menilai, mengulas, memberikan komen, menggunakan, menghasilkan semula, mengedarkan, mempamerkan dan melaksanakan Kandungan Pengguna seperti yang dibenarkan melalui fungsi Laman Web dan menurut Perjanjian ini. Di samping itu, anda melepaskan sebarang “hak moral” atau hak lain yang tidak boleh dibatalkan berkenaan atribut pengarangan atau integriti Kandungan Pengguna anda yang mungkin anda miliki berdasarkan mana-mana undang-undang atau teori undang-undang yang dapat dikenakan. Walau apa pun yang disebutkan di atas, harap maklum bahawa sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti secara peribadi yang anda serahkan kepada kami melalui borang “hubungi kami”, halaman pesanan produk, portal permohonan pekerjaan atau borang lain yang bertujuan untuk dirahsiakan akan dikendalikan menurut Dasar Privasi kami dan tidak akan didedahkan secara terbuka, kecuali seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi kami atau juga anda persetujui.

Kembali ke Atas.


Ciri-ciri Interaktif

Forum

Kami mungkin mengehoskan papan mesej, kandungan dihasilkan pengguna, promosi, ulasan produk, blog dan ciri atau perkhidmatan interaktif yang lain yang membolehkan pengguna menyiarkan atau memuat naik Kandungan Pengguna (masing-masing, “Forum”) di Laman Web kami. Kami tidak mengesahkan Kandungan Pengguna yang disiarkan dalam Forum, tidak dapat menjamin ketepatan atau keaslian Kandungan Pengguna tersebut, dan hanya bertindak sebagai saluran pasif untuk Kandungan Pengguna tersebut. Kandungan Pengguna boleh merangkumi cadangan penggunaan produk kami yang belum kami buat penilaian atau luluskan; kami tidak mengesyorkan penggunaan sedemikian. Anda tidak sekali-kali boleh menggunakan produk kami dengan cara selain yang dijelaskan pada bungkusannya.

Anda mengakui dan bersetuju bahawa Forum ialah ruang awam dan penyertaan anda dalam Forum sedemikian tidak menimbulkan jangkaan privasi. Selain itu, anda mengakui bahawa mana-mana Kandungan Pengguna yang anda sampaikan dalam Forum dapat dilihat dan digunakan oleh orang lain. Anda faham bahawa kakitangan kami, penyumbang luar, atau pengguna lain yang berhubungan dengan kami boleh mengambil bahagian dalam Forum atau aspek lain daripada Laman Web dan mungkin menggunakan nama pengguna secara awanama ketika melakukannya. Mana-mana pengguna yang gagal mematuhi Perjanjian ini boleh dibuang daripada dan dinafikan akses berterusan kepada Forum pada masa akan datang. Namun begitu, kami tidak bertanggungjawab untuk Kandungan Pengguna yang anda atau orang lain pilih untuk disampaikan dalam Forum, atau atas tindakan anda atau tindakan pengguna lain. JIKA ANDA MEMILIH UNTUK MENYEDIAKAN SEBARANG MAKLUMAT PERIBADI ANDA ATAU KANDUNGAN PENGGUNA LAIN SECARA TERBUKA DALAM FORUM ATAU JUGA PADA ATAU MELALUI LAMAN WEB, ANDA MELAKUKANNYA ATAS RISIKO SENDIRI.

Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami berhak (tetapi tidak berkewajipan) untuk melakukan satu atau semua perkara berikut, mengikut budi bicara mutlak kami: (a) menilai Kandungan Pengguna sebelum membenarkannya disiarkan di Laman Web atau mana-mana Forum; (b) memantau Kandungan Pengguna dan Forum; (c) mengubah, membuang, menolak, atau enggan untuk menyiarkan atau membenarkan untuk disiarkan, tanpa pemberitahuan kepada anda, mana-mana Kandungan Pengguna, atas apa-apa alasan atau tanpa sebarang alasan sekali pun; dengan syarat, bagaimanapun, bahawa kami tidak akan mempunyai kewajipan atau liabiliti kepada anda atas kegagalan untuk berbuat demikian atau kerana melakukannya dengan cara tertentu; dan/atau (d) mendedahkan apa-apa Kandungan Pengguna, dan keadaan berkaitan penghantarannya, kepada mana-mana pihak ketiga untuk mengendalikan Laman Web, untuk melindungi kami, pelawat Laman Web kami atau pihak lain, untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau permintaan pihak kerajaan, untuk menguatkuasakan Perjanjian ini, atau atas apa-apa sebab atau tujuan lain yang kami anggap sesuai. Sekiranya anda melihat Kandungan Pengguna di Laman Web kami yang anda percaya melanggar syarat-syarat Perjanjian ini, sila hubungi kami.

Sembang Interaktif dan Chatbot

Laman Web kami yang tertentu mungkin mempunyai ciri sembang, sokongan langsung, pemesejan segera, atau fungsi yang serupa untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada anda (“Sembang”). Sembang membolehkan anda bercakap dengan seorang wakil manusia, Chatbot (seperti yang ditakrifkan di bawah), atau gabungan kedua-duanya. Anda harus menyemak Dasar Privasi kami untuk mengetahui cara kami mengendalikan maklumat yang dapat mengenal pasti anda yang dikumpulkan melalui Sembang. Sekiranya anda log masuk ke Akaun semasa menggunakan Sembang, Sembang boleh menghubungkan maklumat Akaun dengan anda atau interaksi Sembang. Anda tidak boleh menyamar sebagai atau cuba mendapatkan maklumat tentang individu lain melalui Sembang. Maklumat yang disediakan melalui Sembang mungkin tidak tepat, dan Sembang mungkin tidak sentiasa tersedia atau bebas ralat. Sembang mungkin disediakan oleh pihak ketiga, dan anda mungkin mengikat perjanjian kontrak dengan pihak ketiga tersebut semasa anda menggunakan Sembang. Anda harus merujuk Sembang yang berkenaan dan hiperpautannya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sembang boleh menggunakan atur cara komputer automatik yang interaktif dan teknologi yang serupa untuk menyediakan khidmat pelanggan melalui Sembang (“Chatbot”). Chatbot sering berfungsi dengan menggunakan teknologi “pemprosesan bahasa semula jadi” untuk memahami soalan dan input anda dan membalasnya dengan maklumat yang relevan atau pertanyaan susulan. Chatbot kami biasanya mengenal pasti bahawa anda berinteraksi dengan atur cara komputer dan bukan seorang manusia, kadang-kadang dengan paparan petunjuk seperti “Powered by …” atau serupa dengannya dalam Sembang atau dengan menyediakan Sembang melalui cara yang jelas menunjukkan bahawa Chatbot sedang digunakan. Chatbot menggunakan teknologi untuk bertindak balas terhadap input anda tanpa campur tangan manusia. Walaupun Chatbot berciri automatik, input dan maklum balas anda dapat dilihat dan diakses oleh wakil manusia kami yang sebenar, mungkin dalam masa nyata. Harap maklum bahawa beberapa Chatbot boleh menghubungkan anda dengan salah seorang wakil manusia kami.

Kembali ke Atas.


Pemasaran Mesej Teks

Anda mungkin boleh mendaftar untuk kempen pemasaran mesej teks daripada Laman Web atau melalui kaedah lain yang disediakan oleh Syarikat. Anda boleh memilih untuk mengecualikan diri daripada program pemasaran mesej teks dengan membalas STOP kepada mesej teks tersebut. Anda boleh membalas HELP kepada banyak program pemasaran mesej teks untuk menerima lebih banyak maklumat, termasuk nombor hubungan pelanggan. Caj mesej dan data mungkin dikenakan untuk mana-mana program pemasaran mesej teks, dan persetujuan terhadap program tidak diperlukan untuk sebarang pembelian. Program pemasaran mesej teks menghantar teks berulang kali secara automatik. Syarikat ini dan syarikat telekomunikasi tidak bertanggungjawab terhadap mesej yang tertangguh atau tidak dihantar. Anda mesti memberitahu kami jika anda melepaskan nombor telefon yang melanggan program pemasaran mesej teks atau jika nombor tersebut juga telah ditetapkan semula. Untuk melakukan demikian, atau mengetahui maklumat lanjut tentang program pemasaran mesej teks kami, sila hubungi kami. Dasar Privasi kami dikenakan kepada program pemasaran mesej teks.

Kembali ke Atas.


Sokongan

Laman Web mungkin menyediakan ciri-ciri yang membolehkan anda mendapatkan sokongan untuk produk tertentu termasuk ciri sembang, alamat e-mel sokongan, atau talian khidmat pelanggan. Maklumat yang dikumpulkan melalui kaedah sokongan ini tertakluk pada Dasar Privasi. kami. Harap maklum bahawa komunikasi mungkin dipantau bagi tujuan jaminan kualiti dan tujuan lain. Semua maklumat yang anda berikan kepada kami untuk tujuan sokongan dianggap sebagai Kandungan Pengguna.

Kembali ke Atas.


Akaun

Sebilangan Laman Web kami membolehkan anda mendaftar akaun khusus bagi anda untuk membuat pesanan, Program Ganjaran, Penghantaran Automatik, dan tujuan lain (“Akaun”). Secara amnya, anda tidak diwajibkan mendaftar Akaun untuk mengakses Laman Web. Walau bagaimanapun, bahagian dan ciri tertentu daripada beberapa Laman Web hanya tersedia untuk pengguna yang telah mendaftar untuk Akaun (“Pengguna Berdaftar”). Kami boleh menolak, dan anda mungkin tidak boleh menggunakan, ID pengguna (atau alamat e-mel) atas apa-apa sebab mengikut budi bicara mutlak kami. Sebagai contoh, kami mungkin menolak ID pengguna (atau alamat e-mel) yang sudah digunakan oleh orang lain; yang boleh ditafsirkan sebagai penyamaran sebagai orang lain; yang dimiliki orang lain; yang melanggar hak harta intelektual atau hak lain milik mana-mana orang; atau yang menyinggung perasaan. Anda hanya boleh mempunyai satu Akaun Pengguna Berdaftar yang aktif di setiap Laman Web pada satu-satu masa dan anda tidak boleh membenarkan orang lain menggunakan Akaun anda untuk mengakses Laman Web atau mengambil bahagian dalam Program Ganjaran.

Sekiranya anda merupakan Pengguna Berdaftar, kami menjangka anda akan mengekalkan dan mengemas kini dengan tepat sebarang maklumat tentang diri anda yang anda berikan kepada kami. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab ke atas semua aktiviti yang berlaku di bawah Akaun anda, dan untuk menjaga kerahsiaan kata laluan anda dan mengehadkan akses kepada komputer anda supaya orang lain tidak dapat mengakses Laman Web sebagai pelanggaran Perjanjian ini. Di samping itu, anda bersetuju untuk log keluar daripada Akaun anda pada akhir setiap sesi sekiranya anda menggunakan peranti yang dikongsi dengan orang lain.

Anda bersetuju untuk memberitahu kami tentang penggunaan nama pengguna, ID log masuk, kata laluan Pengguna Berdaftar yang tidak dibenarkan atau jika anda menyedari bahawa berlaku pelanggaran keselamatan lain yang melibatkan atau berkaitan dengan Laman Web dengan menghubungi kami secepat mungkin menggunakan maklumat hubungan berkenaan. Kami berhak untuk mengambil sebarang dan semua tindakan yang kami anggap perlu atau wajar untuk menjaga keselamatan Laman Web dan Akaun anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, menamatkan Akaun anda, menukar kata laluan anda atau meminta maklumat untuk mengesahkan transaksi pada Akaun anda. KAMI SECARA JELAS MENAFIKAN LIABILITI UNTUK MANA-MANA DAN SEMUA KERUGIAN DAN KEROSAKAN YANG TIMBUL DARIPADA KEGAGALAN ANDA UNTUK MEMATUHI BAHAGIAN INI.

Kembali ke Atas.


Penerangan, Testimonial, Pendapat

Laman Web mungkin mengandungi pendapat pakar. Maklumat pada Laman Web yang dikenal pasti sebagai pendapat pakar, atau diakses daripada Laman Web ini melalui hiperpautan, mewakili pendapat para pakar bidang masing-masing, yang tidak semestinya merupakan pendapat Syarikat. Laman Web tertentu juga boleh membuat pernyataan yang berkaitan dengan makanan tambahan (suplemen) atau produk yang serupa. Pernyataan tersebut tidak harus diambil sebagai nasihat perubatan atau pernyataan tentang keberkesanan atau kesesuaian suplemen untuk merawat keadaan perubatan. Anda mesti sentiasa berjumpa doktor yang berkelayakan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan anda, dan doktor haiwan yang berkelayakan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan haiwan kesayangan anda.

Beberapa Laman Web mungkin mengandungi blog dengan maklumat tentang cara menggunakan produk atau pernyataan tentang keberkesanan produk. Sesetengah pernyataan ini tidak kami tulis dan tidak mewakili pendapat Syarikat. Pernyataan lain mungkin kami tulis, tetapi tidak merupakan penyataan atau jaminan tentang suatu produk dan tidak boleh digunakan sebagai dasar untuk membuat keputusan.

Begitu juga, Laman Web mungkin memberi anda maklumat tentang acara, tujuan amal, dan perkara yang seumpama dengannya. Hal ini disampaikan untuk tujuan memberikan maklumat sahaja dan tidak boleh dilihat sebagai sokongan Syarikat atau gabungan dengan, termasuk tanpa batasan sebarang sokongan atau hubungan dengan mana-mana pihak ketiga yang terlibat dengan acara atau tujuan tersebut.

Laman Web mungkin membolehkan anda memberikan ulasan, pendapat, atau testimonial produk, kesemuanya dianggap sebagai Kandungan Pengguna. Sekiranya anda memberikan ulasan di Laman Web lain, kami mungkin (tetapi tidak dikehendaki untuk) menghubungi anda dengan perjanjian berasingan untuk mentakrifkan dengan lebih lanjut hak kami terhadap Kandungan Pengguna. Ulasan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab mengikut budi bicara mutlak kami.

Penerangan dan gambaran grafik produk di Laman Web adalah hanya untuk tujuan maklumat dan mungkin tidak sepenuhnya menggambarkan produk semasa atau bungkusannya. Kami berhak untuk mengubah penerangan produk pada bila-bila masa, dan kami tidak bertanggungjawab atas variasi antara penerangan produk dengan produk yang sebenar.

KAMI DENGAN INI MENAFIKAN SEBARANG PENYATAAN ATAU JAMINAN YANG TERDAPAT DALAM MANA-MANA TESTIMONIAL, BLOG, PENERANGAN, ATAU PENDAPAT YANG DISIARKAN PADA MANA-MANA LAMAN WEB SEHINGGA MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG. DAKWAAN YANG TERDAPAT DALAM TESTIMONIAL, BLOG, PENERANGAN, ATAU PENDAPAT TIDAK DIBUAT SECARA SAINTIFIK ATAU OLEH PIHAK PENTADBIRAN MAKANAN DAN UBAT-UBATAN. ANDA MEMAHAMI BAHAWA TIADA SATU PUN DARIPADA LAMAN WEB KAMI YANG MENYEDIAKAN NASIHAT PERUBATAN, MEMBUAT DAKWAAN TENTANG KEBERKESANAN UBAT, ATAU MEMPERINCIKAN RAWATAN PENYAKIT ATAU MASALAH KHUSUS.

Sila lihat Penafian Nasihat Perubatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kembali ke Atas.


Kandungan dan Pautan Pihak Ketiga

Segala maklumat, pernyataan, pendapat atau maklumat lain yang diberikan oleh pihak ketiga dan disediakan di Laman Web kami adalah maklumat daripada pengarang masing-masing dan bukan kami. Kami tidak menjamin kesahihan, ketepatan, kelengkapan atau kebolehpercayaan mana-mana pendapat, nasihat, perkhidmatan, tawaran, pernyataan atau Kandungan lain di Laman Web kami selain maklumat daripada wakil sah kami yang bertindak atas kapasiti rasmi. Dalam keadaan apa pun, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas atau berkaitan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kebergantungan anda terhadap mana-mana Kandungan, termasuk liabiliti di bawah Communications Decency Act (Akta Kesusilaan Komunikasi), 47 USC § 230.

Kami mungkin menyediakan di Laman Web, semata-mata sebagai kemudahan kepada pengguna, pautan kepada laman web, halaman media sosial, aplikasi mudah alih atau perkhidmatan lain yang dikendalikan oleh entiti lain. Sekiranya anda mengklik pautan ini, anda akan meninggalkan Laman Web kami. Sekiranya anda memutuskan untuk mengunjungi mana-mana pautan luaran, anda melakukannya atas risiko anda sendiri dan anda bertanggungjawab untuk mengambil semua langkah perlindungan untuk mencegah daripada virus atau unsur-unsur memudaratkan yang lain. Kami tidak membuat sebarang jaminan atau penyataan tentang, atau menyokong atau juga menaja, mana-mana Laman Web yang dipautkan atau maklumat yang terdapat di dalamnya atau mana-mana produk atau perkhidmatan yang dinyatakan di sana. Pautan tidak menandakan bahawa kami diberi kuasa secara sah untuk menggunakan tanda dagang, nama dagang, logo atau simbol hak cipta yang dipaparkan dalam atau dapat diakses melalui pautan; atau bahawa mana-mana Laman Web yang dipautkan diberi kuasa untuk menggunakan mana-mana tanda dagang, logo atau simbol hak cipta kami.

Kami mungkin mengekalkan kehadiran pada dan berpaut kepada laman web media sosial, termasuk tanpa pembatasan Facebook, LinkedIn, Google Plus, Twitter, YouTube, Vine, Pinterest, Instagram dan yang seumpamanya (secara kolektif, “Laman Media Sosial”), untuk menyediakan suatu tempat untuk membolehkan orang lain mengetahui lebih lanjut tentang kami dan produk kami serta berkongsi pengalaman dengan produk kami. Apabila anda melayari Laman Media Sosial ini, anda tidak lagi berada di Laman Web kami, tetapi berada di laman web yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Semua komen, visual dan bahan-bahan lain yang disiarkan oleh pelawat pada Laman Media Sosial kami tidak semestinya menggambarkan pendapat, nilai atau idea kami. Semua pelawat ke Laman Media Sosial kami mesti mematuhi syarat-syarat penggunaan platform media sosial masing-masing.

ANDA BERSETUJU BAHAWA PENGGUNAAN ANDA PADA LAMAN WEB, APLIKASI, PERKHIDMATAN DAN SUMBER PIHAK KETIGA, TERMASUK TANPA PEMBATASAN PENGGUNAAN ANDA PADA APA-APA KANDUNGAN, MAKLUMAT, DATA, PENGIKLANAN, PRODUK, ATAU BAHAN LAIN DI ATAU YANG TERSEDIA MELALUI PIHAK KETIGA SEDEMIKIAN, ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI DAN TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN YANG DIKENAKAN PADA LAMAN WEB DAN SUMBER SEDEMIKIAN.

Kembali ke Atas.


Sekiranya anda percaya bahawa mana-mana Kandungan di Laman Web melanggar sebarang hak cipta yang anda miliki atau kawal, anda boleh menghantar pemberitahuan bertulis kepada ejen hak cipta yang kami lantik (“Ejen yang Dilantik”), yang dikenal pasti di bawah, dengan maklumat berikut:

  1. (a) Penerangan tentang karya berhak cipta atau harta intelektual yang lain yang anda dakwa telah dilanggar, dengan butiran yang mencukupi supaya kami dapat mengenal pasti bahan yang dikatakan telah melanggar hak-hak tersebut;
  2. (b) URL atau lokasi spesifik yang lain di Laman Web yang mengandungi bahan yang didakwa telah melanggar hak yang dinyatakan (a) di atas, dengan maklumat yang mencukupi secara munasabah untuk membolehkan kami mencari bahan yang didakwa telah melanggar hak tersebut;
  3. (c) Nama, alamat surat menyurat, nombor telefon dan alamat e-mel anda;
  4. (d) Tandatangan elektronik atau fizikal bagi pemilik hak cipta atau orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik;
  5. (e) Pernyataan anda yang anda percayai dengan niat baik bahawa penggunaan yang dipertikaikan adalah tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejennya, atau undang-undang; dan
  6. (f) Pernyataan anda bahawa maklumat yang terdapat dalam notis anda adalah tepat dan bahawa anda mengakui di bawah hukuman sumpah bohong bahawa anda merupakan pemilik hak cipta atau bahawa anda diberi kuasa untuk bertindak atas nama pemilik hak cipta.

Ejen yang Dilantik: Penasihat Kanan Undang-undang Tanda Dagangan dan Hak Cipta
E-mel: DMCAtakedown@clorox.com
Address: 1221 Broadway, Oakland, CA 94612
Phone: 510-271-7000

Kami mungkin menyemak atau juga mengubah atau mengemas kini Perjanjian ini dari semasa ke semasa. Kami akan melakukan usaha yang munasabah untuk memberitahu anda tentang perubahan tersebut. Namun demikian, sila semak keterangan “Terakhir Dikemas Kini” di bahagian atas halaman ini untuk melihat kali terakhir Perjanjian ini disemak. Apabila perubahan dibuat pada Perjanjian ini, perubahan tersebut akan berkuat kuasa dengan serta-merta apabila diterbitkan pada halaman ini kecuali dinyatakan sebaliknya. Kami menggalakkan anda untuk menyemak Perjanjian ini secara berkala ― mungkin terdapat perubahan pada dasar kami yang mungkin menjejaskan anda. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Perjanjian seperti yang diubah suai, maka anda mesti menghentikan penggunaan Laman Web kami. Penggunaan berterusan anda pada Laman Web akan menandakan persetujuan berterusan anda terhadap Perjanjian ini sebagaimana yang dipinda. Kami akan melakukan usaha yang munasabah untuk memberitahu anda tentang perubahan penting pada Perjanjian ini. Usaha tersebut mungkin merangkumi penyiaran notis di Laman Web, e-mel kepada alamat yang terdapat dalam fail kami, atau mesej dalam Akaun anda.

Kembali ke Atas.


Kemas Kini Perjanjian Ini

Kami mungkin menyemak atau juga mengubah atau mengemas kini Perjanjian ini dari semasa ke semasa. Kami akan melakukan usaha yang munasabah untuk memberitahu anda tentang perubahan tersebut. Namun demikian, sila semak keterangan “Terakhir Dikemas Kini” di bahagian atas halaman ini untuk melihat kali terakhir Perjanjian ini disemak. Apabila perubahan dibuat pada Perjanjian ini, perubahan tersebut akan berkuat kuasa dengan serta-merta apabila diterbitkan pada halaman ini kecuali dinyatakan sebaliknya. Kami menggalakkan anda untuk menyemak Perjanjian ini secara berkala ― mungkin terdapat perubahan pada dasar kami yang mungkin menjejaskan anda. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Perjanjian seperti yang diubah suai, maka anda mesti menghentikan penggunaan Laman Web kami. Penggunaan berterusan anda pada Laman Web akan menandakan persetujuan berterusan anda terhadap Perjanjian ini sebagaimana yang dipinda. Kami akan melakukan usaha yang munasabah untuk memberitahu anda tentang perubahan penting pada Perjanjian ini. Usaha tersebut mungkin merangkumi penyiaran notis di Laman Web, e-mel kepada alamat yang terdapat dalam fail kami, atau mesej dalam Akaun anda.

Kami mungkin memindahkan hak Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis kepada anda. Anda tidak boleh memberikan hak atau memberikan sublesen Perjanjian ini atau mana-mana hak atau kewajipan anda di bawah Perjanjian ini tanpa persetujuan bertulis daripada kami terlebih dahulu.

Kembali ke Atas.


Dasar-dasar Lain

Perjanjian ini terpakai secara eksklusif kepada akses anda ke, dan penggunaan, Laman Web dan Program Ganjaran dan tidak mengubah dengan apa cara sekali pun terma atau syarat perjanjian lain yang mungkin anda ikat dengan kami untuk produk, perkhidmatan, program atau sebaliknya. Dasar dan syarat-syarat tambahan mungkin dikenakan terhadap penggunaan bahagian tertentu daripada Laman Web dan untuk pembelian barangan atau perkhidmatan tertentu dan termasuk sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini sama ada merujuk Perjanjian ini atau tidak.

Jenis perjanjian dan dasar lain yang mungkin dikenakan kepada anda termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Dasar untuk peruncit, pengedar dan pengedar
  • Peraturan peraduan dan cabutan bertuah
  • Jaminan bersyarat
  • Peraturan rebat
  • Dasar privasi
  • Dasar harga minimum yang diiklankan
  • Perjanjian pekerjaan

Dasar dan perjanjian lain biasanya dijumpai dengan menavigasi Laman Web, khususnya dengan menyemak tajuk dan pengaki Laman Web dan dengan menyemak syarat-syarat dengan hiperpautan di tempat jualan.

Sebarang cabutan bertuah, peraduan, kupon, rebat atau promosi lain yang disediakan melalui Laman Web akan ditadbir oleh peraturan khusus yang berasingan daripada Perjanjian ini. Dengan mengambil bahagian dalam promosi sedemikian, anda akan tertakluk pada peraturan-peraturan tersebut, yang mungkin berbeza daripada syarat-syarat yang dinyatakan di sini dan yang, selain menerangkan promosi sedemikian, mungkin mempunyai keperluan kelayakan, seperti umur tertentu atau batasan geografi. Anda bertanggungjawab untuk membaca peraturan yang dikenakan untuk menentukan sama ada penyertaan, pendaftaran, penyerahan dan/atau kemasukan adalah sah; anda bersetuju untuk membaca dan mematuhi peraturan yang berkenaan.

Kami juga telah menerapkan Dasar Privasi yang harus anda rujuk untuk memahami sepenuhnya cara kami menggunakan dan mengumpulkan maklumat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amalan privasi kami, sila rujuk Dasar Privasi kami.

Sekiranya kami mengambil anda bekerja, tidak apa-apa bahan yang disediakan di Laman Web yang merupakan atau harus dianggap sebagai sebahagian atau keseluruhan suatu kontrak pekerjaan.

Kembali ke Atas.


Syarat-syarat Tambahan Penting

Penamatan

Laman Web dan Perjanjian ini berkuat kuasa sehingga ditamatkan oleh kami. Sebagai tambahan kepada hak atau remedi yang mungkin tersedia bagi kami berdasarkan undang-undang yang dapat dikenakan, kami boleh menangguhkan, mengehadkan, atau menghentikan semua atau sebahagian akses anda kepada Laman Web atau mana-mana ciri pada bila-bila masa dengan atau tanpa pemberitahuan dan dengan atau tanpa sebab, termasuk tanpa batasan, jika kami percaya bahawa anda telah melanggar atau bertindak secara bertentangan dengan perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perjanjian ini. Peruntukan-peruntukan Perjanjian ini tentang perlindungan hak harta intelektual, penggunaan yang dibenarkan, kandungan yang diserahkan oleh pengguna, penafian, batasan liabiliti, ganti rugi, dan pertikaian, serta mana-mana peruntukan lain yang berdasarkan sifatnya mesti berkuat kuasa, akan kekal setelah penamatan sedemikian.

Apabila berlaku penamatan sedemikian, (i) anda mesti memusnahkan semua Kandungan yang diperoleh daripada Laman Web dan semua salinannya; (ii) anda akan segera menghentikan semua penggunaan dan akses kepada Laman Web; (iii) kami boleh memadamkan atau mematikan akses kepada sebarang Kandungan Pengguna anda pada bila-bila masa; (iv) dan kami boleh memadamkan Akaun Pengguna Berdaftar anda pada bila-bila masa. Penamatan Perjanjian ini akan menamatkan penyertaan anda dalam sebarang Program Ganjaran dan membatalkan semua manfaat yang anda peroleh di bawahnya. Anda bersetuju bahawa jika penggunaan anda pada Laman Web ditamatkan menurut Perjanjian ini, anda tidak akan cuba menggunakan Laman Web tersebut di bawah sebarang nama, sebenar atau berpura-pura, dan selanjutnya bersetuju bahawa jika anda melanggar sekatan ini setelah ditamatkan, anda akan melindungi kami daripada menanggung ganti rugi dan membebaskan kami daripada apa-apa dan semua liabiliti yang mungkin kami tanggung kerana perkara itu. Kami berhak untuk mendakwa semua pelanggar sepenuhnya di bawah undang-undang.

Walaupun selepas penamatan Perjanjian ini atau Akaun anda atau akses kepada Laman Web, mana-mana Kandungan Pengguna yang telah anda siarkan atau serahkan boleh kekal disiarkan pada Laman Web selama-lamanya.

Kanak-kanak

Laman Web kami tidak dirancang untuk menarik minat kanak-kanak bawah umur, dan kami tidak dengan sengaja berusaha untuk meminta atau menerima sebarang maklumat daripada kanak-kanak bawah umur 13 tahun. ANDA MESTILAH BERUMUR SEKURANG-KURANGNYA 13 TAHUN UNTUK MENGAKSES DAN MENGGUNAKAN LAMAN WEB KAMI. Sekiranya anda berusia bawah umur dewasa di negeri asal anda, iaitu 18 tahun di kebanyakan negeri, anda tidak boleh mencipta Akaun berdaftar dengan kami, dan anda harus menggunakan Laman Web kami hanya dengan pengawasan ibu bapa atau penjaga yang bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian ini. Selain itu, Laman Web atau bahagian tertentu daripada Laman Web kami, serta promosi, program dan perdagangan yang mungkin kami tawarkan pada satu Laman Web, mungkin secara jelas terhad kepada individu yang melebihi umur dewasa. Sekiranya anda belum mencapai umur dewasa untuk mengakses Laman Web kami atau bahagian atau ciri tertentu daripada Laman Web kami, anda tidak boleh cuba melakukannya.

Menurut 47 U.S.C. Seksyen 230 (d) seperti yang dipinda, kami dengan ini memberitahu anda bahawa perlindungan kawalan ibu bapa (seperti perkakasan, perisian atau perkhidmatan penapisan komputer) tersedia secara komersial yang membolehkan anda mengehadkan akses kepada bahan yang berbahaya kepada kanak-kanak bawah umur. Maklumat yang mengenal pasti penyedia perlindungan sedemikian boleh didapati di OnGuard Online. Harap maklum bahawa kami tidak menyokong sebarang produk atau perkhidmatan yang disenaraikan di laman web tersebut.

Penafian Nasihat Perubatan

KANDUNGAN YANG TERDAPAT DI BEBERAPA LAMAN WEB KAMI MUNGKIN MENGANDUNGI MAKLUMAT TENTANG BAHAN, PROSES, DAN/ATAU TERAPI YANG TIDAK DIBERIKAN PENILAIAN ATAU DIKAWAL SELIA OLEH PENTADBIRAN MAKANAN DAN UBAT-UBATAN AMERIKA SYARIKAT. LAMAN WEB KAMI MUNGKIN JUGA MENGANDUNGI MAKLUMAT TENTANG KEADAAN PERUBATAN DAN RAWATAN PERUBATAN. MAKLUMAT SEPERTI INI BERTUJUAN SEBAGAI BANTUAN PENDIDIKAN SAHAJA. IA TIDAK BERTUJUAN SEBAGAI NASIHAT PERUBATAN UNTUK KEADAAN ATAU RAWATAN INDIVIDU. IA TIDAK MENGGANTIKAN DIAGNOSIS PERUBATAN PAKAR, DAN TIDAK MENGGANTIKAN KEPERLUAN UNTUK PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PAKAR PERUBATAN.

SENTIASA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR, AHLI FARMASI ATAU PENYEDIA PENJAGAAN KESIHATAN YANG BERTAULIAH BERKAITAN DENGAN SEBARANG PERTANYAAN YANG INGIN ANDA AJUKAN TENTANG KEADAAN PERUBATAN ATAU RAWATAN ATAU PERUBAHAN DALAM ATURAN PENJAGAAN DIRI ATAU PENJAGAAN KESIHATAN ANDA. JANGAN SEKALI-KALI MENGABAIKAN NASIHAT PERUBATAN DARIPADA PAKAR ATAU BERLENGAH UNTUK MENDAPATKAN NASIHAT PAKAR KERANA SESUATU PERKARA YANG TELAH ANDA BACA DI LAMAN WEB. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS HASIL PENGGUNAAN ANDA TERHADAP KANDUNGAN TERSEBUT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, PILIHAN ANDA UNTUK MENDAPATKAN ATAU TIDAK MENDAPATKAN RAWATAN PERUBATAN DARIPADA PAKAR, ATAU ANDA MEMILIH ATAU TIDAK MEMILIH RAWATAN TERTENTU BERDASARKAN KANDUNGAN TERSEBUT.

Penafian Jaminan

KAMI TIDAK MEMBERIKAN JAMINAN ATAU MEMBUAT SEBARANG PENYATAAN TENTANG PENGGUNAAN, KESAHIHAN, KETEPATAN ATAU KEBOLEHPERCAYAAN KANDUNGAN YANG TERSEDIA DI LAMAN WEB ATAU MANA-MANA LAMAN LAIN YANG DIPAUTKAN KEPADA ATAU DARIPADA SUATU LAMAN WEB. KAMI TIDAK MEMBERIKAN JAMINAN ATAU MEMBUAT SEBARANG PENYATAAN TENTANG PENGGUNAAN, KESAHIHAN, KETEPATAN ATAU KEBOLEHPERCAYAAN MANA-MANA PROGRAM GANJARAN ATAU PENGHANTARAN AUTOMATIK. MEMUAT TURUN ATAU JUGA MEMPEROLEH SEBARANG KANDUNGAN MELALUI SUATU LAMAN WEB DILAKUKAN ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. KANDUNGAN LAMAN WEB DISEDIAKAN ATAS DASAR “SEBAGAIMANA ADANYA” DAN “SEBAGAIMANA TERSEDIA”, TANPA SEBARANG JENIS JAMINAN YANG TERSURAT ATAU TERSIRAT. SETAKAT YANG DIBENARKAN MENURUT UNDANG-UNDANG YANG DAPAT DIKENAKAN, KAMI MENAFIKAN SEMUA JAMINAN, SECARA TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN TERSIRAT BAGI KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, DAN BUKAN PELANGGARAN.

Pembatasan Liabiliti

KAMI DAN AHLI GABUNGAN, SUBSIDIARI, BAHAGIAN DAN SYARIKAT KAMI YANG BERKAITAN BEGITU JUGA, EJEN, PEMBEKAL, PENYEDIA PERKHIDMATAN DAN PERUNCIT KAMI (SECARA KOLEKTIF, “PIHAK DIBEBASKAN”) TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS SEBARANG JENIS GANTI RUGI YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKENAAN DENGAN PENGGUNAAN ATAU KETIDAKUPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN SUATU LAMAN WEB ATAU PROGRAM GANJARAN, KANDUNGAN ATAU PAUTAN LUARAN LAMAN WEB, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA GANTI RUGI YANG DISEBABKAN OLEH ATAU BERKENAAN DENGAN RALAT, PENINGGALAN, GANGGUAN, KECACATAN, KELEWATAN DALAM OPERASI ATAU PENGHANTARAN, ATAU MANA-MANA VIRUS ATAU KEGAGALAN KOMPUTER. PIHAK YANG DIBEBASKAN JUGA TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS APA-APA GANTI RUGI TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, TELADAN, PUNITIF ATAU TURUTAN ATAU MANA-MANA KEHILANGAN DATA ATAU KEUNTUNGAN, WALAUPUN KAMI TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN GANTI RUGI SEDEMIKIAN. BIDANG KUASA TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN GANTI RUGI TERTENTU, JADI PEMBATASAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERPAKAI UNTUK ANDA. PIHAK YANG DIBEBASKAN JUGA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG LIABILITI ATAU TANGGUNGJAWAB UNTUK APA-APA TINDAKAN, KEGAGALAN UNTUK BERTINDAK ATAU KELAKUAN MANA-MANA PENGGUNA ATAU PIHAK KETIGA YANG LAIN. WALAU APA JUGA AYAT-AYAT SEBELUMNYA, SEKIRANYA KAMI DIDAPATI HARUS DIPERTANGGUNGJAWABKAN, LIABILITI KAMI KEPADA ANDA ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA DIHADKAN KEPADA JUMLAH SEBENAR YANG KAMI TERIMA DARIPADA ANDA ATAU $100, YANG MANA LEBIH TINGGI.

Tanggung Rugi

Anda bersetuju untuk menanggung rugi, membela dan membebaskan kami dan Pihak Yang Dibebaskan dan semua pengarah, pegawai, pekerja, ejen, pemegang saham, pengganti, penerima hak, dan kontraktor kami daripada dan terhadap sebarang dan semua tuntutan, ganti rugi, tindakan guaman, tindakan, liabiliti, penghakiman, kerugian, kos (termasuk tanpa had, yuran peguam yang munasabah) atau perbelanjaan lain yang timbul secara langsung atau tidak langsung akibat atau daripada (i) pelanggaran anda terhadap mana-mana peruntukan Perjanjian ini; (ii) aktiviti anda berhubung dengan Laman Web; atau (iii) Kandungan atau maklumat lain yang anda berikan kepada kami melalui Laman Web. Kami berhak, dengan perbelanjaan anda, untuk menerima pembelaan dan kawalan eksklusif ke atas mana-mana perkara yang anda diwajibkan untuk melindungi kami daripada ganti rugi, dan anda bersetuju untuk bekerjasama dengan pembelaan kami terhadap tuntutan ini. Kami akan melakukan usaha yang munasabah untuk memberitahu anda tentang sebarang tuntutan, tindakan, atau prosiding setelah mengetahui tentang perkara itu.

Penduduk New Jersey

Sekiranya anda seorang pengguna yang menetap di New Jersey, peruntukan-peruntukan berikut dalam Perjanjian ini tidak dikenakan kepada anda (dan tidak membataskan sebarang hak yang mungkin anda miliki) setakat yang ia tidak dapat dikuatkuasakan menurut undang-undang New Jersey: (a) Penafian Jaminan; (b) Had Liabiliti; (c) Tanggung Rugi; dan (d) di bawah Pertikaian, Timbang Tara dan Penepian Tindakan Kelas dan peruntukan undang-undang yang mentadbir California (hanya setakat hak anda sebagai pengguna yang menetap di New Jersey yang dikehendaki untuk ditadbir oleh undang-undang New Jersey). Menurut N.J.S.A. 56:12-16, anda mungkin mempunyai hak tambahan jika anda merupakan penduduk New Jersey dan peruntukan lain dalam Perjanjian ini didapati melanggar hak undang-undang yang telah ditetapkan.

Apabila anda menggunakan Laman Web atau menghantar komunikasi kepada kami melalui Laman Web, anda berkomunikasi dengan kami secara elektronik. Anda bersetuju untuk menerima secara elektronik sebarang komunikasi yang berkaitan dengan penggunaan anda pada Laman Web. Kami mungkin berkomunikasi dengan anda melalui e-mel atau dengan menyiarkan notis di Laman Web. Anda bersetuju bahawa semua perjanjian, notis, pendedahan dan komunikasi lain yang diberikan kepada anda secara elektronik memenuhi sebarang keperluan undang-undang bahawa komunikasi tersebut dalam bentuk bertulis. Semua notis daripada kami yang dimaksudkan untuk anda terima akan dianggap telah dihantar dan berkuat kuasa apabila dihantar ke alamat e-mel yang anda berikan kepada kami. Harap maklum bahawa dengan menyerahkan Kandungan Pengguna, mencipta Akaun Pengguna Berdaftar, mendaftar untuk Program Ganjaran, atau juga memberikan alamat e-mel, alamat pos atau nombor telefon anda kepada kami, anda bersetuju bahawa kami atau ejen kami boleh menghubungi anda melalui alamat atau nombor tersebut dengan cara yang selaras dengan Dasar Privasi kami.

Penandaan Paten

Maklumat paten tentang produk Syarikat tertentu boleh didapati di halaman Penandaan Paten kami. Ini adalah untuk memenuhi peruntukan penandaan paten maya dalam Seksyen 16 Akta America Invents. Dengan menyenaraikan pelbagai paten, Syarikat tidak membuat pengakuan bahawa paten lain yang berkaitan tidak wujud. Tidak semua produk Syarikat disertakan dan tidak semestinya semua maklumat paten Syarikat tentang produk sedemikian disediakan. Semua paten yang disenaraikan ialah paten Amerika Syarikat, termasuk paten utiliti dan reka bentuk.

Kebolehasingan

Sekiranya mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini ditentukan sebagai tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan, ia akan digantikan menurut tafsiran oleh istilah yang sah dan boleh dikuatkuasakan yang paling sesuai dengan maksud peruntukan asal. Sekiranya hal itu tidak mungkin dilakukan, peruntukan tersebut akan dikeluarkan sepenuhnya dan keseluruhan Perjanjian selebihnya akan dapat dikuatkuasakan.

Kembali ke Atas.


Pertikaian, Timbang Tara dan Penepian Tindakan Kelas

SILA BACA BAHAGIAN INI DENGAN TELITI – IA MUNGKIN MENJEJASKAN HAK-HAK UNDANG-UNDANG ANDA DENGAN NYATA SEKALI, TERMASUK HAK ANDA UNTUK MEMFAILKAN TUNTUTAN DI MAHKAMAH.

TIMBANG TARA MENGGUNAKAN PENIMBANG TARA NEUTRAL DAN BUKANNYA HAKIM ATAU JURI, YANG MEMBOLEHKAN PENDEDAHAN YANG LEBIH TERHAD BERBANDING DI MAHKAMAH, DAN TERTAKLUK PADA SEMAKAN YANG SANGAT TERHAD OLEH MAHKAMAH. ANDA BOLEH MEMILIH UNTUK DIWAKILI OLEH PEGUAM DALAM TIMBANG TARA ATAU MENERUSKAN TANPA DIWAKILI SESIAPA. PERUNTUKAN TIMBANG TARA INI HENDAKLAH MASIH BERKUAT KUASA SELEPAS PENAMATAN PERJANJIAN INI.

Sebarang pertikaian, tuntutan atau kontroversi yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini, perjanjian lain di Laman Web, atau Dasar Privasi, atau pelanggaran, penamatan, penguatkuasaan, pentafsiran atau kesahihannya, termasuk penentuan skop atau kebolehlaksanaan perjanjian ini untuk timbang tara, hendaklah ditentukan sama ada melalui timbang tara di Oakland, California di hadapan seorang penimbang tara atau diserahkan kepada mahkamah tuntutan kecil di Oakland, California. Sekiranya penimbang tara mendapati lokasi ini membebani anda secara tidak munasabah, lokasi baharu mungkin dipilih. Timbang tara akan dikendalikan oleh JAMS menurut Peraturan dan Prosedur Timbang Tara Komprehensif dan selaras dengan Prosedur Dipercepatkan dalam Peraturan tersebut. Keputusan penghakiman tentang award boleh dimasukkan di mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa. Klausa ini tidak akan menghalang pihak-pihak tersebut daripada mendapatkan remedi sementara untuk membantu timbang tara daripada mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang sesuai. Sebarang timbang tara yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah dilaksanakan selaras dengan prosedur dipercepatkan yang ditetapkan dalam Peraturan dan Prosedur Timbang Tara Komprehensif JAMS kerana Peraturan tersebut telah wujud pada tarikh kuat kuasa Perjanjian ini, termasuk Peraturan 16.1 dan 16.2 dalam Peraturan tersebut.

Kerahsiaan: Pihak-pihak tersebut harus mengekalkan kerahsiaan prosiding timbang tara dan Award, termasuk pembicaraan, kecuali yang diperlukan untuk bersiap sedia menghadapi atau menjalankan pembicaraan timbang tara berdasarkan merit, atau kecuali yang diperlukan berhubung dengan permohonan mahkamah untuk remedi permulaan, cabaran kehakiman terhadap award atau pelaksanaannya, atau melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang atau keputusan kehakiman.

Undang-undang dan Peraturan yang Mentadbir: Perjanjian ini dan hak-hak pihak-pihak di bawah ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Negeri California, tidak termasuk konflik atau pilihan peraturan undang-undang. Pihak-pihak tersebut mengakui bahawa Perjanjian ini membuktikan transaksi yang melibatkan perdagangan antara negeri. Walau apa pun peruntukan dalam perenggan sebelumnya berkenaan dengan undang-undang substantif yang dikenakan, mana-mana timbang tara yang dilaksanakan menurut syarat-syarat Perjanjian ini akan ditadbir oleh Federal Arbitration Act (Akta Timbang Tara Persekutuan) (9 USC, Sec. 1-16). Dalam mana-mana timbang tara yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini, penimbang tara tidak diberi kuasa untuk memberikan ganti rugi punitif atau teladan, kecuali yang dibenarkan oleh undang-undang, dan pihak-pihak tersebut telah mengetepikan sebarang hak untuk menuntut sebarang ganti rugi tersebut. Dalam mana-mana timbang tara yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini, penimbang tara tidak boleh memberikan ganti rugi sampingan, tidak langsung atau turutan, termasuk ganti rugi untuk kehilangan keuntungan.

Pihak Menang: Dalam mana-mana timbang tara yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini, penimbang tara akan memberi pihak yang menang, jika ada, kos dan yuran guaman yang munasabah yang ditanggung oleh pihak yang menang berhubung dengan timbang tara tersebut. Sekiranya penimbang tara menentukan satu pihak sebagai pihak yang menang dalam keadaan apabila pihak yang menang memenangi beberapa tetapi tidak semua tuntutan dan tuntutan balas, penimbang tara boleh memberi pihak yang menang peratusan kos dan yuran guaman yang sewajarnya yang ditanggung oleh pihak yang menang berhubung dengan timbang tara tersebut. Pihak-pihak yang menerima dan bersetuju untuk melaksanakan Prosedur Rayuan Timbang Tara Pilihan JAMS (seperti yang wujud pada tarikh kuat kuasa Perjanjian ini) berkenaan dengan mana-mana pemberian award terakhir dalam timbang tara yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini.

Memohon Timbang Tara: Sekiranya anda memilih untuk memohon timbang tara atau memfailkan tindakan mahkamah tuntutan kecil, anda mesti terlebih dahulu menghantar kepada kami, melalui surat yang disahkan, notis bertulis tentang tuntutan anda (“Notis”). Notis kepada kami itu mesti ditujukan kepada: General Counsel, The Clorox Company, 1221 Broadway, Oakland, CA 94612. Sekiranya kami memulakan timbang tara, kami akan menghantar Notis bertulis ke alamat e-mel yang telah anda berikan kepada kami sebelum ini, jika ada. Notis, sama ada yang anda atau kami hantar, mesti (a) menerangkan sifat dan asas tuntutan atau pertikaian; dan (b) menyatakan relief khusus yang diminta (“Tuntutan”). Sekiranya anda dan kami tidak mencapai persetujuan untuk menyelesaikan tuntutan tersebut dalam masa 30 hari setelah Notis diterima, anda atau kami boleh memulakan prosiding timbang tara atau memfailkan tuntutan di mahkamah tuntutan kecil. Borang timbang tara boleh dimuat turun daripada www.jamsadr.com. Sekiranya anda diminta membayar yuran pemfailan, setelah kami menerima Notis bahawa anda telah memulakan timbang tara, kami akan membayar balik bayaran yuran pemfailan kepada anda dengan segera, melainkan tuntutan anda berjumlah melebihi US$10,000 atau penimbang tara menentukan bahawa tuntutan tersebut bersifat remeh, dalam keadaan itu anda bertanggungjawab membayar yuran pemfailan.

Pembicaraan: Jika tuntutan anda berjumlah tidak melebihi AS$10,000, kami bersetuju bahawa anda boleh memilih sama ada timbang tara akan dilakukan semata-mata berdasarkan dokumen yang diserahkan kepada penimbang tara, melalui pembicaraan melalui telefon, atau oleh pembicaraan bersemuka seperti yang ditetapkan oleh Peraturan JAMS. Sekiranya tuntutan anda melebihi AS$10,000, hak untuk pembicaraan akan ditentukan oleh Peraturan JAMS. Sekiranya timbang tara akan dilakukan hanya berdasarkan dokumen yang diserahkan, keputusan dan pemberian award oleh penimbang tara akan dibuat dan disampaikan dalam masa enam (6) bulan dari pemilihan penimbang tara, melainkan dilanjutkan oleh penimbang tara. Kecuali sebagaimana yang dinyatakan secara jelas di sini, pembayaran untuk semua yuran pemfailan, pentadbiran dan penimbang tara akan ditadbir oleh Peraturan JAMS.

Tiada Tindakan Kelas: ANDA DAN KAMI BERSETUJU BAHAWA SETIAP PIHAK BOLEH MEMBAWA TUNTUTAN TERHADAP PIHAK LAIN SEBAGAI INDIVIDU ANDA ATAU KAMI, DAN BUKAN SEBAGAI PLAINTIF ATAU ANGGOTA KELAS DALAM MANA-MANA KELAS YANG DIMAKSUDKAN ATAU PROSIDING PERWAKILAN. Selanjutnya, melainkan anda dan kami bersetuju sebaliknya, penimbang tara tidak boleh menggabungkan tuntutan lebih daripada satu pihak dengan tuntutan anda, dan tidak boleh juga mengetuai mana-mana jenis prosiding perwakilan atau kelas. Sekiranya peruntukan khusus ini didapati tidak dapat dikuatkuasakan, maka keseluruhan peruntukan timbang tara ini hendaklah dibatalkan dan tidak sah. Penimbang tara boleh memberikan pelepasan pengisytiharan atau injunksi hanya yang memihak kepada pihak individu yang memohon pelepasan dan hanya setakat yang diperlukan untuk memberikan pelepasan yang dijamin oleh tuntutan individu pihak tersebut.

Pelepasan Injunksi: Walau apa pun yang disebutkan di atas, anda dan Clorox sama-sama bersetuju bahawa anda atau Clorox boleh membawa tindakan guaman ke mahkamah untuk melarang pelanggaran atau penyalahgunaan hak harta intelektual yang lain atau dalam senario lain apabila pelepasan injunksi adalah sesuai. Sekiranya mahkamah atau penimbang tara yang mempunyai bidang kuasa mendapati mana-mana bahagian Perjanjian ini tidak dapat dikuatkuasakan, bahagian itu tidak akan berkuat kuasa dan Perjanjian selebihnya akan tetap berkuat kuasa. Tiada penepian, tersurat atau tersirat, oleh mana-mana pihak terhadap mana-mana pelanggaran atau keingkaran di bawah Perjanjian ini yang akan dianggap sebagai penepian berterusan terhadap pelanggaran atau keingkaran tersebut atau dianggap sebagai penepian terhadap mana-mana pelanggaran atau keingkaran sebelumnya atau selepasnya.

Kembali ke Atas.


Pengguna Antarabangsa

Setiap tuntutan atau penyataan tentang keberkesanan produk kami atau perbandingan keberkesanan produk kami dihadkan secara tersurat kepada Amerika Syarikat, kecuali dinyatakan sebaliknya. Produk yang dirujuk di Laman Web mungkin hanya tersedia di wilayah yang Laman Web tersebut halakan dan mungkin tidak tersedia di negara anda. KAMI TIDAK MEMBUAT PENYATAAN BAHAWA MAKLUMAT DAN BAHAN-BAHAN PADA MANA-MANA LAMAN WEB, TERMASUK TANPA PEMBATASAN MAKLUMAT DAN BAHAN-BAHAN LAIN YANG MEMPROMOSIKAN PRODUK-PRODUK YANG DIKENAL PASTI DI LAMAN WEB ITU, ADALAH SESUAI ATAU TERSEDIA UNTUK DIGUNAKAN DI LOKASI LAIN SELAIN LOKASI YANG LAMAN WEB TERSEBUT HALAKAN. KAMI TIDAK MENYATAKAN ATAU MENJAMIN BAHAWA LAMAN WEB ATAU PROGRAM GANJARAN ATAU MANA-MANA BAHAGIAN DARIPADANYA ADALAH SESUAI ATAU TERSEDIA UNTUK DIGUNAKAN DI MANA-MANA BIDANG KUASA YANG TERTENTU SELAIN AMERIKA SYARIKAT. Mereka yang memilih untuk mengakses Laman Web atau mengambil bahagian dalam Program Ganjaran melakukannya atas inisiatif mereka sendiri dan atas risiko mereka sendiri, dan bertanggungjawab untuk mematuhi semua statut, perintah, kawal selia, peraturan, dan undang-undang tempatan yang lain. Anda juga tertakluk pada kawalan eksport Amerika Syarikat dan bertanggungjawab terhadap apa-apa pelanggaran kawalan tersebut, termasuk tanpa pembatasan mana-mana sekatan Amerika Syarikat atau peraturan dan pengawalan persekutuan yang lain yang menyekat eksport.

Walau apa pun yang dinyatakan di atas, sebagai pengguna, anda akan mendapat manfaat daripada apa-apa peruntukan mandatori undang-undang di negara mastautin anda. Tiada ada apa-apa dalam Perjanjian ini yang menjejaskan hak anda sebagai pengguna untuk bergantung pada peruntukan mandatori undang-undang tempatan sedemikian. Undang-undang tempatan bidang kuasa anda boleh memberi anda hak untuk membuat pertikaian berkaitan dengan Perjanjian ini di hadapan mahkamah tempatan anda. Perjanjian ini tidak mengehadkan sebarang hak sedemikian yang anda miliki yang digunakan tanpa mengira terma dan syarat perjanjian yang telah anda ikat. WALAU BAGAIMANA PUN, DENGAN MENGIKAT PERJANJIAN INI, CLOROX TIDAK MEMBERIKAN PERSETUJUAN KEPADA BIDANG KUASA MANA-MANA MAHKAMAH SELAIN MAHKAMAH YANG DIRUJUK DALAM PERJANJIAN INI DAN BERHAK UNTUK MEMPERTIKAIKAN BAHAWA IA TIDAK TERTAKLUK PADA BIDANG KUASA MANA-MANA MAHKAMAH YANG LAIN. Kami mungkin mengehadkan ketersediaan Laman Web, secara keseluruhan atau sebahagian, kepada mana-mana orang, kawasan geografi atau bidang kuasa yang kami pilih, pada bila-bila masa dan mengikut budi bicara mutlak kami.

TERMA DAN SYARAT BERIKUT DIKENAKAN KEPADA ANDA, DAN MENGGANTIKAN SYARAT-SYARAT YANG BERCANGGAH DALAM PERJANJIAN, SEKIRANYA ANDA PENDUDUK DALAM BIDANG KUASA YANG DISEBUTKAN ATAU SETAKAT MANA YANG DIKEHENDAKI OLEH UNDANG-UNDANG YANG DIKENAKAN:

Australia

Apabila mana-mana Akta Parlimen mengenakan sebarang syarat atau jaminan yang berkaitan dengan penggunaan anda pada Laman Web dan Akta tersebut melarang pengecualian syarat tersebut, maka syarat tersebut disertakan. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, liabiliti Clorox terhadap sebarang pelanggaran syarat sedemikian yang tidak dapat dikecualikan ini adalah terhad kepada pembekalan produk atau perkhidmatan sekali lagi.

Kanada

Penyelesaian Pertikaian: Keperluan timbang tara bagi Perjanjian ini tidak akan dikenakan kepada anda jika sebarang peruntukan sedemikian tidak dapat dikuatkuasakan di bawah undang-undang Wilayah Kanada yang menjadi tempat anda bermastautin.

Hak Pembatalan: Penduduk Wilayah tertentu mungkin mempunyai hak untuk membatalkan peruntukan pembelian tertentu seperti yang dikehendaki oleh undang-undang tempatan. Kami akan menghormati hak pembatalan tersebut.

Akta Hak Cipta Kanada: Kami bertekad untuk mematuhi undang-undang hak cipta Kanada dan undang-undang yang berkaitan, dan kami menghendaki semua pengguna Laman Web mematuhi undang-undang ini. Oleh itu, anda tidak boleh menyimpan apa-apa bahan atau kandungan di, atau menyebarkan apa-apa bahan atau kandungan pada, Laman Web ini dengan apa-apa cara yang dianggap sebagai melanggar hak harta intelektual pihak ketiga, termasuk hak yang diberikan oleh undang-undang hak cipta Kanada. Para pemilik karya berhak cipta yang mempercayai bahawa hak mereka menurut undang-undang hak cipta Kanada telah dilanggar boleh memanfaatkan peruntukan tertentu daripada Akta Hak Cipta Kanada (“CCA”) untuk melaporkan pelanggaran yang didakwa berlaku. Menurut dasar kami yang selaras dengan CCA dan undang-undang lain yang dikenakan, kami berhak menamatkan perkhidmatan yang diberikan kepada mana-mana pengguna yang didapati melanggar hak cipta atau hak harta intelektual pihak ketiga yang lain, termasuk pelanggar berulang, atau orang yang kami percayai, menurut budi bicara mutlak kami, telah melanggar hak-hak ini. Mana-mana pengguna yang merasakan bahawa mesej yang disiarkan itu menjelikkan atau bersifat melanggar hak boleh menghantar notis kepada kami. Setelah kami menerima notis yang sewajarnya tentang pelanggaran yang didakwa menurut CCA, kami akan berusaha untuk bertindak pantas untuk mengeluarkan, atau menyahdayakan akses kepada, bahan yang dikatakan melanggar hak dan akan mengikut prosedur yang ditentukan dalam CCA untuk menyelesaikan tuntutan antara pihak yang memberi notis dengan pelanggar yang didakwa yang menyediakan kandungan yang dipersoalkan. Ejen yang dilantik oleh Syarikat (iaitu pihak yang sepatutnya) yang harus anda sampaikan notis tersebut ialah: Tim Humphrey, c/o The Clorox Company, 1221 Broadway 23rd Floor, Oakland CA 94612, (510) 271-7326, trademarks@clorox.com

Aduan Pengguna dan Privasi: Menurut undang-undang perlindungan pengguna yang berkaitan, anda berhak menerima notis hak pengguna berikut: Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau aduan tentang Laman Web, sila hantarkan e-mel kepada canadian.privacy@clorox.com. Anda juga boleh menghubungi kami dengan menulis surat kepada The Clorox Company of Canada, Ltd., 150 Biscayne Crescent, Ontario, L6W 4V3, Attention: Canadian Privacy Officer.

Kesatuan Eropah

Kanak-kanak: Anda tidak boleh menggunakan mana-mana Laman Web sekiranya anda berumur bawah 16 tahun.

Pengecualian terhadap Had Liabiliti: Tiada apa-apa dalam Perjanjian ini mengecualikan atau mengehadkan liabiliti kami terhadap kematian atau kecederaan diri yang timbul daripada kecuaian kami, atau penipuan atau salah nyata penipuan, atau mana-mana liabiliti lain yang tidak dapat dikecualikan atau dihadkan oleh undang-undang yang dikenakan.

TIMBANG TARA TIDAK DIKENAKAN KEPADA ANDA JIKA ANDA MERUPAKAN PENDUDUK KESATUAN EROPAH DAN TERTAKLUK PADA ARAHAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF (2013/11/EU) DAN PERATURAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN DALAM TALIAN (EU 524/2013) (DAN SEBARANG PERATURAN YANG DILAKSANAKAN DI SETIAP NEGARA AHLI KESATUAN EROPAH), PERJANJIAN UNTUK MENIMBANG TARA DALAM PERJANJIAN TIDAK AKAN DIKENAKAN SEKIRANYA TIDAK DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG.

United Kingdom

Kanak-kanak: Anda tidak boleh menggunakan mana-mana Laman Web sekiranya anda berumur bawah 16 tahun.

Pengecualian terhadap Had Liabiliti: Tiada apa-apa dalam Perjanjian ini mengecualikan atau mengehadkan liabiliti kami terhadap kematian atau kecederaan diri yang timbul daripada kecuaian kami, atau penipuan atau salah nyata penipuan, atau mana-mana liabiliti lain yang tidak dapat dikecualikan atau dihadkan oleh undang-undang yang dikenakan.

TIMBANG TARA TIDAK DIKENAKAN KEPADA ANDA SEKIRANYA ANDA MERUPAKAN PENDUDUK UNITED KINGDOM DAN TERTAKLUK PADA ARAHAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF (2013/11/EU) DAN PERATURAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN DALAM TALIAN (EU 524/2013) (ATAU MANA-MANA PENGGANTI BAGI PERKARA INI YANG DIGUBAL OLEH UK SELEPAS BREXIT). PERJANJIAN UNTUK MENIMBANG TARA DALAM PERJANJIAN INI TIDAK AKAN TERPAKAI SEKIRANYA TIDAK DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG.

Kembali ke Atas.


Hubungi Kami

Sekiranya anda ingin mengajukan pertanyaan tentang Perjanjian ini, sila hubungi kami melalui borang dalam talian ini atau dengan menulis kepada kami di alamat Clorox Consumer Services, PO Box 24305, Oakland, California, 94623-1305. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ulasan tentang Syarikat kami atau produk kami atau mempunyai keperluan perkhidmatan pelanggan yang lain, sila gunakan maklumat hubungan yang berkaitan di bawah:

Lokasi Maklumat hubungan
Amerika Syarikat https://www.thecloroxcompany.com/contact-us/
Kanada https://cloroxofcanada.ca/
Lokasi lain Rujuk maklumat hubungan yang disenaraikan di Laman Web yang berkenaan

Selain itu, di bawah California Civil Code Seksyen 1789.3, pengguna California berhak mendapat notis hak pengguna yang berikut: Penduduk California boleh menghubungi Unit Bantuan Aduan Bahagian Perkhidmatan Pengguna Jabatan Hal Ehwal Pengguna California melalui pos di alamat 1625 North Market Blvd., Sacramento, CA 95834, atau melalui talian telefon (916) 445-1254 or (800) 952-5210.